Selasa, 10 Mei 2011

Pulau Pangkor .... Kenangan yang mengusik jiwa....

Hari keluarga FOE yang disambut di Pulau Pangkor pada kali ini memberi kami suatu kenangan yang indah untuk kami sekeluarga. Persediaan yang rapi oleh rakan-rakan yang bujang memberi kami keselesaan sekeluarga.... Pekli, Hamdi, fizzy, wan dan lain-lain banyak menyumbang tenaga untuk menjayakan program kali ini...
Sepintas lalu mengenai Sejarah dan Sosio-ekonomi Pulau Pangkor
Pulau Pangkor masyhur dengan industri perikanan yang telah diusahakan semenjak dahulu lagi. Pangkor membekalkan ikan segar yang berkualiti ke pasaran Kuala Lumpur dan Singapura. Selain itu hasil laut seperti bahan makanan proses dinginbeku, ikan kering, ikan bilis dan makanan ringan (satay fish) turut di pasarkan di bandar-bandar lain di Malaysia. Jika anda berkunjung ke Pulau Pangkor, anda akan berpeluang untuk melihat sendiri bagaimana hasil laut diproses dan anda boleh membeli barang-barang tersebut dengan harga yang istimewa.  

Syafiq tersenyum girang menaiki bot

Satu lagi aspek pelancongan yang kini kian popular di Pulau Pangkor ialah eko-pelancongan. Pulau Pangkor memiliki kekayaan alam semulajadi, bukan sekadar hutannya yang kaya dengan flora dan fauna serta bentuk muka bumi yang mencabar peminat aktiviti luar, malah juga kekayaan dasar laut iaitu karangan laut serta hidupan laut yang eksotik dan unik.   Tempat yang sering menjadi tumpuan remaja menjalankan aktiviti perkhemahan ialah Teluk Segadas.

 Di Teluk Nipah terdapat resort penginapan dan tapak-tapak perkhemahan yang menyediakan kemudahan-kemudahan asas dengan kadar sewa yang berpatutan.
Pulau bersejarah ini kaya dengan khazanah alam semulajadi – hutan, bukit-bukau dan laut. Ia menjadi tumpuan bukan saja pelancong tempatan, tetapi juga pelancong luar negara. Antara yang menjadi tarikan di pulau ini ialah Kota Belanda (Dutch Fort) dan Batu Bersurat (Historical Rock) yang berhampiran.
Kota ini telah mencatat sejarah yang panjang. Dibina dalam kurun ke-17 oleh Syarikat Hindia Timur Belanda sebagai kota bertujuan melindungi kapal-kapal dagang mereka. Kota ini sering menjadi sasaran pahlawan Melayu yang menentang penjajah hingga beberapa kali ia ditinggalkan.

Kota ini akhirnya dirobohkan oleh pejuang-pejuang Melayu yang dipimpin oleh Panglima Kulop.
Jabatan Muzium dan Antikuiti Negara telah membina semula replika kota tersebut di atas tapak runtuhannya berdasarkan maklumat-maklumat dan dokumentasi yang dikumpulkan

Syafiqah di atas bot mengelilingi pulau





BBQ di Pantai Teluk Batik Lumut

Wan bertungkus lumus menyiapkan sajian


Di atas Feri lumut

Kapal TLDM yang berlabuh


Jeti Lumut
Aktiviti bebas untuk berenang atau berendam






Aktiviti sukaneka di Teluk Man



Pemandangan senja di Teluk Man


Makan malam berserta karaoke



Jeti Pulau Pangkor

Bergambar kenang-kenangan sebelum berangkat pulang


Bersalam-salaman dengan Menteri Besar Perak




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terdapat ralat dalam alat ini