Ahad, 29 Mei 2011

Mengimbau kunjungan di himpunan sejuta belia Putrajaya

Pada tarikh: 28/5/2011 di Pentas Utama, Simpang Empat Jalan Kemerdekaan, Persiaran Perdana, Presint 3 dengan secara rasminya YAB Perdana Menteri Malaysia merasmikan pelancaran himpunan sejuta belia. Namun kami berkunjung di karnival tersebut pada malam 27/5/2011 untuk meninjau persiapan yang akan dilakukan untuk menjayakan majlis tersebut. Pada malam tersebut kami sekeluarga berkunjung ke sana untuk memeriahkan lagi himpunan sejuta belia dan membawa anak-anak bersiar-siar menaiki bus yang disediakan dari satu pameran ke satu pameran yang lain.


Ternyata, walaupun anak-anak kami yang baru pulang dari sekolah begitu teruja untuk berkunjung ke setiap pameran yang ada pada malam tersebut. Selepas makan, kami mencari parking kereta yang agak jauh yang telah disediakan tetapi bila kami menaiki bas nyata sekali keterujaan anak2 kami dengan gembiranya. Banyak juga ruang pameran yang kami dapat kunjungi dan sehingga pukul 11:00 malam tiada tanda-tanda anak kami mahu tidur.

Sebahagian peristiwa perhimpunan sejuta belia di putrajaya kami paparkan....
























Tiada ulasan:

Catat Ulasan