Selasa, 24 Mei 2011

Mencari keberkatan rezeki di Rumah Amal Limpahan Kasih Puchong

Kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-Anak Yatim dan Anak-Anak Kebajikan Madrasah Al-Taqwa, Hulu Langat, tempoh hari banyak memberi kita kesedaran tentang kebajikan mengenai anak-anak yatim. 
Pada petang hari ahad lepas, kami sekeluarga berjaya menjejakkan kaki ke Rumah Amal Limpahan Kasih RALK yg terletak di Puchong, Selangor. Kedatangan kami disambut mesra oleh petugas-petugas di rumah amal limpahan kasih dengan senyuman. Walaupun kami baru pertama kali berkunjung tetapi bagaikan terasa mereka telah mengenali kami 20 tahun dahulu. Ternyata mereka semua sentiasa berbesar hati dengan setiap kunjungan dan sumbangan dari mana-mana pihak yang sudi menghulurkan bantuan.


Maka terlepaslah sudah amanah yang orang telah diberikan kepada kami untuk menyampaikan sumbangan mereka kepada RALK.


Antara mereka-mereka yang menyambut kedatangan kami :


Sepintas lalu  mengenai Rumah Amal Limpahan Kasih

Rumah amal limpahan kasih adalah pusat kebajikan yang menaungi anak-anak yatim, anak-anak fakir dan miskin, warga emas dan yang layak menerima zakat. Selain 120 orang di asarama., anak-anak yatim yang tinggal di rumah sendiri juga turut diberi perhatian.
Memulakan operasi di awal 2006, mereka menyewa seunit rumah teres lot tepi dengan harga RM1000.00 sebulan sebagai asrama puteri. Selain asrama, ia menjadi tempat mengadu kepada pelbagai pihak yang memerlukan bantuan dan perlindungan kepada ibu tunggal dan warga emas. Sehingga kini seramai 50 ibu tunggal dan 30 warga emas telah berdaftar dan turut bernaung di bawah RALK.
Asrama putera pula telah dibuka pada januari 2007 di atas tanah milik pengasas beserta 5 unit rumah yang diwarisi. Walaubagaimanapun kerja-kerja membaik pulih dijalankan secara beransur-ansur bagi menaik taraf bangunan sedia ada. Memandangkan bilangan penghuni semakin bertambah sebuah surau serta asrama tambahan akan dibuka di tanah wakaf bersebelahan dengan lokasi RALK sekarang.
Ruang pejabat dan bangunan pentadbiran di RALK yang sedia menerima setiap kunjungan dari pelbagai pihak untuk menghulurkan sumbangan:


















Matlamat dan fungsi Rumah Amal Limpahan Kasih RALK :

  • Menjadi pusat perlindungan dan asrama untuk anak yatim dan golongan yang kurang bernasib baik.  
  • Mengagihkan lebihan barangan keperluan asas kepada fakir miskin dan golongan Asnaf tanpa kerenah birokrasi.
  • Menjadi tempat mengadu bagi ibu tunggal, warga emas dan muallaf serta membantu mereka sedaya yang termampu.
  • Menjadi pusat pendidikan dan pengajian untuk para penghuni supaya anak-anak yatim ini menjadi keperibadian yang mulia dan cemerlang.
  • Mendaftarkan anak-anak yatim dibawah Kelab anak yatim se-Malaysia.
  • Memberi perhatian kepada saudara baru serta menjadi pusat kaunseling, bimbingan Al Quran dan fardu ain serta golongan Asnaf.
  • Mencari penaja untuk anak-anak yatim yang ingin melanjutkan pelajaran ke luar negara dan juga universiti tempatan.

Peristiwa bergambar sepanjang kunjungan kami :



 Sebahagian sumbangan dari orang ramai yang berupakan pakaian



Papan Kenyataan di bangunan pentadbiran   


Seletah selesai menyempurnakan sumbangan yang kami bawa maka kami pun berangkat pulang dan saya pula menyambung tugas semula berkerja untuk mencari rezeki sekeluarga.
Peristiwa bergambar di dalam perjalanan pulang :
Perjalanan pulang dari Rumah Amal Limpahan Kasih

 Papan tanda persimpangan untuk menuju ke Rumah Amal Limpahan Kasih


Suasana perkampungan masih wujud dicelah-celah kota


 Awan Mendung mengiringi kepulangan kami

   

Penutup kata
Awan mendung memberi gambaran pengharapan dari insan-insan seperti anak yatim dan yang memerlukan sumbangan daripada kita semua. Sesungguhnya rezeki dan nikmat yang kita terima dari yang maha Agung sungguh besar nilainya. Jika kita rasa senantiasa susah dan perit di dalam kehidupan tetapi di dalam realiti kehidupan sebenarnya masih ramai lagi yang lebih susah dan perit untuk menjalani kehidupan jika dibandingkan dengan kita.
Awan yang mendung juga mengamit hati kami sekeluarga bila mengenangkan ada diantara fakir miskin dan ibu tunggal yang terpaksa menyerahkan anak kecil mereka kepada Rumah Amal Limpahan Kasih untuk dibesarkan....Betapa sayupnya jiwa seorang anak kecil yang belum mengenal erti hidup terpaksa berpisah kasih sayang dengan ibunya yang kesedihan tanpa anak disisi hanya kerana kemiskinan.

Kepada mereka-mereka yang ingin membuat sumbangan dalam apa jua bentuk dan khidmat silalah berhubung terus dengan :-

  • En. Zawawi Bin Ramli di talian 016-3627913
  • Pn. Rabaah binti Aziz di talian 019-3349933
  • Telepon Pejabat di talian 03-80618050
  • Email : limpahan_kasih@yahoo.com.my
Anda juga boleh melayari laman blog Rumah Amal Limpahan Kasih di sini .

Marilah kita sesama menginsafi kehidupan ini dan bersyukur diatas nikmat yang Allah S.W.T berikan kepada kita.
Sekian catatan untuk kali ini dari kami mengenai Realiti Kehidupan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Gadget

Kandungan ini tidak tersedia melalui sambungan tersulit.