Rabu, 18 Mei 2011

Langkawi Dalam Kenangan July 2010


Kunjungan kami ke Pulau Langkawi pada July 2010 memberi kami seribu satu kenangan yang tidak dapat dilupakan. Kami mengikuti rombongan beramai-ramai bersama rakan satu fakulti untuk menjelajah Pulau Langkawi. Pulau langkawi yang banyak menyimpan sejarahnya yang tersendiri memberi kami gambaran bahawa walaupun hanya sebuah pulau tetapi Ia memang patut untuk dilawati atau di kunjungi.

Jambatan tergantung




Kami bertolak dengan menaiki Pesawat Air Asia melalui LCCT di Sepang. Kami dijadualkan bertolak pukul 9 malam tetapi ditunda ke 10 malam. Sepanjang penerbangan ini anak-anak kami tak tidur dan sentiasa tak senang duduk sebab inilah kali pertama kami sekeluarga menaiki kapal terbang. Rasa pekak di telinga kami tahankan sahaja disebabkan perbezaan perubahan tekanan ketika berada di darat dan udara 

Kami tiba sejam kemudian di Langkawi dan terus menuju TM resort yang kami sewa 3 hari 2 malam. Kami rasakan kunjungan kami itu seperti tidak cukup untuk kami menjelajah keseluruhan Pulau Langkawi. Dari awal ketibaan kami terus memandu kereta sewa menuju TM resort dan berehat di tepi pantai. Keindahan pantainya dan deruan ombak yang memecah pantai di kala malam hari menghilangkan rasa mengantuk kami sekeluarga.

Sepanjang  3 hari 2 malam kami menjelajah Pulau Langkawi dan merakamkan detik-detik indah untuk kenangan kami sekeluarga.

Perhentian Cabel car di atas puncak bukit

Bergambar kenangan di atas jambatan gantung














Tiada ulasan:

Catat Ulasan