Selasa, 7 Jun 2011

Sepetang di Taman Desa Sri Qaseh

Mahligai yang kami impikan semakin menjadi kenyataan.....


Semoga menjadi tali pengikat kebahagiaan kami sekeluarga selamanya. Walau menghadapi pelbagai rintangan tetapi insyallah akan berjaya dengan usaha yang bersungguh-sungguh. Rumah Teres setingkat 4 bilik tidur ini sudah memadai untuk kami sekeluarga berehat seisi keluarga dengan selesa mengikut kemampuan kami..


Rumah yang didirikan di atas bukit ini memang kami rasakan nyaman dengan aliran udara yang segar bila kami berada di tapak perumahan tersebut. Berkedudukan di atas lereng bukit dengan pemandangan yang indah dan luas pemandangan membuatkan hati kami terasa teruja untuk memilikinya.

Keterangan dan perkembangan projek perumahan Taman Desa Sri Qaseh, Kampung Labu Lanjut, Salak Tinggi ada dinyatakan di dalam gambar dari bermulanya projek pada awal april sehingga akhir bulan mei,
Insyallah jika ada kelapangan lagi hujung minggu ni kami akan turun melihat perkembangan Projek perumahan ini lagi....

Semoga perjalanan projek ini berjalan lancar dan siap mengikut jadual yang telah ditetapkan. Insyallah.

*Nota :  Setiap gambar hanya sebagai paparan dan memori untuk kami sekeluarga sahaja dan bukan sebagai rujukan untuk mana-mana pihak.


Iklan Perumahan Desa Sri Qaseh yg dikhabarkan tinggal beberapa unit sahaja

Projek yang masih berjalan ketika awal bulan april 2011 hingga kini

Papan Tanda Projek Perumahan

Kolam perangkap lumpur untuk kenderaan keluar dari tapak projek

Papan tanda keterangan projek perumahan

Hutan yang telah dilapangkan untuk menjadi projek perumahan Taman Desa Sri Qaseh


Pasir dan batu di longgokkan untuk pembinaan struktur rumah


Bergambar di depan lot yang kami beli berlatar belakang pemandangan yang indah di pinggir bukit

Unit yang dalam pembinaan

Besi yang telah di bentuk untuk menjadi tiang dan palang struktur rumah


Lot rumah yang telah siap proses membuat acuan beam

Anak-anak gembira melihat perkembangan projek perumahan kami

Rumah pekerja perumahan siap ada warong boleh ngeteh!!!
Habis bukit menjadi lapang umpama padang jarak untuk projek perumahan

Pandangan untuk projek perumahan Semi-D yang akan berjiran dengan kami
Plan projek Desa Sri Qaseh yang ditunjukkan oleh pemaju

Plan projek Perumahan bersebelahan untuk Semi-D berhampiran Desa Sri Qaseh dan unit kedai


 




2 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. Salam, kalau ada owner-owner rumah Desa Sri Qaseh yang ingin menjual rumah anda, sila hubungi saya, 017 633 0132 (Khairul - Property Agent) .

    Ramai buyer menanti.

    Tq

    http://www.kproperty.my
    http://www.mudah.my/khairulproperty

    BalasPadam

Terdapat ralat dalam alat ini