Ahad, 26 Jun 2011

Hari sukan anak-anakku di Sekolah Cyberjaya

Pada sabtu lepas, sekolah anak-anak kami mengadakan temasya sukan sekolah. Maka para ibubapa dijemput hadir untuk memeriahkan suasana temasya sukan sekolah. Kami sekeluarga melapangkan masa untuk bersama anak2 dan memberi semangat yang jitu supaya mereka memenangi pertandingan yang mereka sertai. Majlis yang bermula pada pukul 8:30 pagi dan berakhir pada 1:00 tengahari  cukup memberi kepuasan kepada anak2 kami membawa medal hadiah yang diterima.


Acara yang berlansung semuanya adalah pada peringkat akhir dan antara pertandingan yang diadakan ialah lumba lari, sukaneka, perbarisan dan sukan keluarga. Kemeriahan yang dirasai mengurangkan panas matahari tidak dirasai. Keseronokan anak2 kami juga menambahkan keceriaan kami sekeluarga.

Temasya yang diadakan kami rakamkan untuk tatapan semua.

























Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Gadget

Kandungan ini tidak tersedia melalui sambungan tersulit.