Khamis, 2 Jun 2011

Berkunjung ke Air Papan Mersing

Pada Cuti Hari Raya Cina yang lalu kami sekeluarga sebelah pihak suami bercuti bersama-sama untuk merapatkan lagi ukhuwah sesama keluarga di Johor. Sempena hari cuti kami pun menyertai kunjungan ke air papan, mersing walaupun mengikut berita bahawa laluan dari Batu Pahat (kampung suami) ke Mersing terputus akibat banjir di Felda Kahang. Oleh kerana resort sudah di tempah maka kami gagahkan juga konvoi beramai-ramai ke sana walaupun mengetahui kami akan melalui laluan yang banjir untuk ke sana. Setelah memulakan perjalanan dan tiba di Felda Kahang kami berasa bersyukur kerana air banjir telah pun surut sedikit dan kenderaan ringan boleh melalui jalan tersebut walaupun pada awalnya laluan tersebut telah di tutup untuk semua kenderaan.


Setelah menempuh 3 jam perjalanan maka kami pun sampai di tempat yang dituju. Ternyata kegembiraan yang terpancar di riak muka anak-anak kami sungguh gembira. Setelah mendapat bilik penginapan kami pun bersiap-siap untuk menjelajah keindahan pantai air papan. Masing-masing berseronok menikmati udara segar di tepi pantai dan melakukan pelbagai aktivi sekeluarga. Ternyata kunjungan kami pada kali ini memang dinanti-nantikan oleh anak-anak kami. Mereka tidak jemu-jemu bermain pasir, madi laut, kolam renang dan juga bermain layang-layang. Kami buat BBQ bersama-sama di tepi pantai sambil menikmati senja yang berlabuh. Nenek yang tidak henti-henti melayan kerenah cucu-cucunya sedikit pun tidak mengeluh dan penat malahan begitu gembira bersama-sama mereka.

Peristiwa ini kami rakamkan dan menyimpanya sebagai kenang-kenangan kami sekeluarga. setiap foto adalah dari gabungan kamera kami dengan kamera abang kami. Kamera abg kami salah set tarikh sebenar....dan kamera kami lagi langsung tak set tarikh pula.....tetapi tarikh sebenar adalah masa raya cina yang lepas ni iaitu 4 dan 5 febuari 2011. Kunjungan kali ini amat bermakna untuk kami sekeluarga.

Lokasi kejadian pula di Fishing Nay Resort pantai air papan, mersing. Keterangan lanjut pula mengenai fishing bay resort boleh di dapati di Laman sesawang fishing bay resort .






































Tiada ulasan:

Catat Ulasan