Jumaat, 1 Februari 2013

Amalan Cukur Rambut Bayi

Petang semalam Si mama telah selamat mencukur rambut baby kami sehingga licin. Hari khamis kami pilih untuk mendapat keberkatan dari amalan cukur rambut bayi ini. Amalan yang disunatkan untuk bayi yang baru lahir ini dilakukan berdasarkan hadis :

Dalam Islam, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama.” (Riwayat Ahmad dan disahkan oleh Turmudzi) 

Buat masa ini kami hanya baru mencukur rambut sahaja, itu pun dah hari ke 22 baru dapat lakukan. Mengikut sunah, apa yang dilakukan oleh Baginda Rasulluallah kepada cucunya, Hasan dan Husin, apabila jatuh hari ketujuh diadakan akikah adalah memberikan nama dan mencukur rambut mereka berdua. Rambut tersebut ditimbang dan disamakan dengan nilai perak dan kemudiannya disedekahkan kepada fakir miskin. Bagaimanapun, ulama hari ini menyatakan, emas boleh digunakan bagi menggantikan perak

Begitulah serba sedikit amalan sunnah yang kita boleh amalkan bersama tanda kecintaan kita kepada Rasulluallah dan kesyukuran kepada Allah S.W.T. Kenduri aqiqahnya lagi yang belum kami sempurnakan kerana mencari waktu yang sesuai untuk semua.

17 ulasan:

  1. Alhamdulillah, dapat melakukan amalan sunnah, tentu penuh dengan keberkatan. Comelnya gambar baby tu senyum dan tidor, sejuk hati.

    BalasPadam
  2. wah.. dah botak baby.. nampak bam2 sgt...

    BalasPadam
  3. ha ah betullah tu..ikut betul sunnah..

    tak payah nak berhias bagai..membazir tu amalan iblis

    BalasPadam
  4. assalamualaikum kazman sue...wah dah botak yer...:)

    BalasPadam
  5. hihi..umi plak nlm cikur rambut baby ..tunggu majlis ..apapun ..baby bang kaz n sis tersangattt cumil ..chak

    BalasPadam
  6. comelnya babyyy...suka tengok. dah selamat bercukur lepas ni. masa anak sulung harga emas x mahal lagi. tapi anak kedua memang berbeza sungguh harganya. sama la, akikah masih mencari waktu yg sesuai

    BalasPadam
  7. comel baby ni... nnt kejap je tu tumbuh rambut baru...

    semoga diberkati .....

    BalasPadam
  8. salam...Alhamdulillah baby dah cukur rambut. sekejap jer masa berlalu.

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah...comel dia dah botak...:)

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah..alahai kemain happy dia dalam pic2=)

    BalasPadam
  11. mama dia sendiri ke yang cukurkan? Alamakk... cam takut je nak cukur kepala baby.

    BalasPadam
  12. lain pulak gambar baby masa berambut dan setelah~ tiada berambut..hihi..selalunya mak mertua saya tukang cukur rambut baby2 saya..kami suami isteri tak berani..hehe

    BalasPadam
  13. baby boy ye,
    alhamduillah, tahniah=-)

    BalasPadam
  14. as salam... tahniah utk kazman/sue sekeluarga.... tgk baby ni... rindu lak nak ade baby lagi... hehehe

    BalasPadam
  15. Tahniah..agak terlewat ucapnya... apaun amalan ini hendaklah dipraktiskqn sampai bila2... bagus buang rambut baby... comel babynya...

    BalasPadam

Gadget

Kandungan ini tidak tersedia melalui sambungan tersulit.