Ahad, 8 Mac 2015

Wall climbing di Urban Playz

Di Mid Valley Megamall ada satu lokasi sukan lasak, tempat yang mana anda boleh mencuba memanjat dinding. Ini bukan dinding biasa, tetapi sukan lasak 'wall climbing' di Urban Playz. Kalau nak cuba boleh ke Tingkat 3 Mid Valley Megamall berdekatan dengan GSC Mid Valley. Sempena hari jadi Adam kami bawalah anak-anak kami ke sini. Menarik juga tempat ni sambil layan anak-anak.

Kat bawah ini merupakan detik-detik dan gaya Adam memanjat.....




Manakala gambar di bawah ini merupakan gaya kewanitaan memanjat dinding pula... anak perempuan kami ni lagi berani dan laju dari abangnya..... walaupun abangnya mencuba tapi lambat sikit sampai ke atas. . . Gayat agaknya tu...




Manakala Syafiq pula mencuba panjat dinding bercorak tangga pula.... jiwa je besar tapi hati kecik....  Adik-adiknya panjat tak pakai tali pun bersahaja jee.... haaaa3x...




Macam tu laa kami sekeluarga melayan kehendak Adam sempena harijadi dia yang ke 6 tahun. Seronok bukan main 4 beradik ni......

2 ulasan:

  1. I love this info presented and possesses given me some type of resolve forpersistance to succeed i really enjoy seeing, so sustain the excellent work. Looking for some inspiration for your next trip? Find great vacation ideas and inspiration from Things to do with your source for the web's best reviews and travel ...

    BalasPadam