Pagi ni tetiba jumpa duit syiling lama singgit.... dah tinggal kenangan dah penggunaanya setelah duit syiling singgit dimansuhkan pengeluarannya pada tahun 2005. Jadi nak berkongsi la sikit nostalgia hidup duit syiling singgit ni.... Siri pertama wang syiling sen diperkenalkan pada tahun 1967 dan munculnya wang syiling 1 ringgit (yang memakai lambang $ dan merupakan syiling terbesar dalam siri ) pada tahun 1971. Walaupun berbeza-beza diameternya, namun hampir semua syiling ini ditempa dengan reka bentuk yang hampir sejajar di muka hadapan dan belakangnya sekali. Muka hadapan syiling ini bergambar Bangunan Parlimen Malaysia serta lambang bintang dan bulan persekutuan yang berasal daripada bendera Malaysia. Semua syiling ini dibuat dengan kuprom nikel kecuali syiling 1 sen yang asalnya dibuat dengan gangsa pada tahun 1967 hingga 1972, kemudian dengan keluli bersalut tembaga mulai tahun 1973.
Selasa, 9 Oktober 2012
Nostalgia Duit Lama
Sabtu, 6 Oktober 2012
Apabila ajar anak makan pedas
Harini mama nak ajar adam makan pedas.... usia adam yg dah cecah 3 setengah tahun tapi punya la penakut nak makan pedas... mamanya ajarlah makan pedas tahap pedas suam2x kuku jee.. Tak pedas mana pun....tapi dia punya jerit boleh terbalik satu alam jadinya.... pastu terus tak nak makan dah.... minum air je yg lebih....
Khamis, 4 Oktober 2012
Baby Fair at Jaya Jusco
Syukur Alhamdulillah, hari genap kandungan mama 26 minggu.... perut dah besar maka kenalah persiapkan apa yang patut untuk baby yang akan lahir nanti.... Dah lama juga x pergi JJ tetiba terasa lak nk gi sana, tu yang semalam menyempatkan diri jugak menjenguk JJ. X sangka pulak JJ ader sale termasuk baby fair... berbungalah hati mama untuk memilih keperluan tuk baby.... harga boleh tahan menarik yang penting kena pandai pilih kualiti dengan harga..
gelagat anak-anak
Rabu, 3 Oktober 2012
Taman Desa Sri Qaseh 02/10/2012 Perkembangan Sepanjang September
Dah dekat sebulan tak update perkembangan rumah... Minta maaf sangat2x kat jiran-jiran..... Syukur rumah kita ini dah semakin sempurna.... Masa bayar deposit air dan elektrik pada hujung minggu lepas di tapak taman perumahan Desa Sri Qaseh rasa seronok dapat berkenalan dengan jiran-jiran yang hadir sama. Semuanya ramah-ramah dan baik-baik belaka walaupun berlainan latar belakang kerja. Di ringkaskan, pada kali ini kami uploadkan gambar disepanjang bulan september yang telah kami ambil semasa datang ke Taman perumahan yang masih di dalam pembinaan ini...
Selasa, 2 Oktober 2012
Jalan2 Ikea.. cuci mata dan terapi jiwa...
Isnin lepas, mama kena cirit birit dan berkebetulan anak2 pulak cuti ganti sbb ari ahad lepas ada acara sukan tahunan Sek Cyberjaya.... maka dah kami pun semua lah duduk rumah..... maka keluarlah idea jalan2 ikea... Berbunga sakanlah anak menyokong idea tersebut.... dia orang bukan nk tengok koleksi Ikea terbaru tapi nak main kat Småland.
Langgan:
Catatan (Atom)




