Selasa, 7 Jun 2011

Sepagi di Kuala Selangor......


Sepagi di Kuala Selangor
Menikmati Pemandangan Pekan Bersejarah

Sepintas Sejarah

Nama Selangor bermula dari Kuala Selangor, sebuah pekan di pinggir Sungai Selangor. Nama Selangor (Kuala Selangor) ini juga telah wujud lebih awal dari Kurun Masehi 15, kerana sebelum Melaka dikalahkan oleh Portugis dalam tahun 1511, Kuala Selangor pernah ditakluk oleh Melaka.

Dalam Sejarah Melayu menyebut zaman Paduka Seri Maharaja memerintah Singapura ada seorang Pasai bernama Tun Jana Khatib mahir Ilmu Khayal Lillah dan Tauhid mempunyai dua orang sahabat iaitu seorang pergi ke Samarlingga (Selangor) dan seorang lagi ke Bungoran sementara Tun Jana Khatib pergi ke Singapura.

Berhenti di hentian kedua di Bukit Melawati
Mengikut catitan, Paduka Seri Maharaja memerintah dalam Kurun Masehi 14 (1301-1400 ). Jika keterangan ini benar, jelaslah bahawa nama Selangor telah pun ada ketika itu ada pun sebelumnya. Dalam kitab Jawa Negara kertagama yang terkarang di pertengahan Kurun Masehi 14 pula menyebut nama Klang tertakluk ke Majapahit.

Beberapa keping peta lama tersimpan di negeri Cina dan dipercayai peta itu yang menjadi panduan kepada Laksamana Cheng Ho, salah seorang ahli perlayaran Cina yang dipercayai belayar dalam tahun 1405-1433. Dalam peta tersebut ada tertulis Sungai Klang dan Selangor darat. Sejarah Melayu juga ada menyebut di zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah (1445-1458), Tun Perak telah dijemput menjadi Penghulu di Klang.

Dalam khutub khanah Royal Asiatic Society di London terdapat senaskhah Sejarah Melayu bertulis tangan terkumpul bersama-sama buku Raffles ada menyebutkan Tuan Bendahara Johor mengahwinkan anaknya, Tuan Mahmud dengan puteri Raja Beruas (Perak) dan Tuan Mahmud diberi memerintah Selangor.

Memandangkan segala keterangan di atas, nyatalah nama Selangor telah ada sebelum Kurun Masehi 15. Selangor yang dimaksudkan oleh keterangan di atas ialah Kuala Selangor sekarang ini di mana bermulanya politik negeri tersebut.

Sebelum Daeng Chelak, anak raja Bugis lima bersaudara dari Pulau Sebilis itu datang ke Selangor, di Kuala Selangor telah memang ada didiami oleh manusia diketuai oleh seorang perempuan yang adil dari kaum Bugis yang bernama Upu Chendera Burung. Sifat seorang pemerintah yang bertimbangrasa inilah yang mempengaruhi hati penduduk asli di situ, hinggakan mereka bersumpah tidak akan melantik ketua yang lain kecuali dari keturunan Bugis. Faktur inilah yang menyebabkan kedatangan Raja Lumu ke Selangor telah diterima baik oleh penduduk tempatan.

Apabila meninggalnya ketua mereka, lalu dikebumikan di atas sebuah bukit. Mengikut ceritanya bukit itu ialah Bukit Hospital yang berhampiran dengan Majlis Daerah Kuala Selangor sekarang ini (1979). Di sisi pusara Upu Chendera Burung ini terdapat sebuah kolam air tawar dan sepohon bunga Tanjung.

*Rujukan dari Sejarah Kuala Selangor (2002) oleh Dato' Dr Hj Yusoff Bin Hassan



Aktiviti kami sekeluarga


Bergambar sambil menunggu Keretapi bergerak untuk memulakan perjalanan menggelilingi Bandar bersejarah
Trektor yang diubahsuai menjadi keretapi

Anak-anak sudah tidak sabar untuk menanti keretapi bergerak menuju ke perhentian pertama iaitu Taman Alam Kuala Selangor.

Perjalanan menaiki keretapi ke Taman Alam Kuala Selangor


Bersantai di atas keretapi menuju ke Taman Alam Kuala Selangor
Bergambar di Taman Ikan Air Tawar Kuala Selangor

Aquarium yang terdapat di Taman Alam Kuala Selangor


Aquarium yang terdapat di Taman Alam Kuala Selangor
  

Burung dan Ayam di Taman Alam Kuala Selangor

Di dalam Muzium Kuala Selangor
Di dalam Muzium Kuala Selangor
Di dalam Muzium Kuala Selangor

Melihat gelagat lotong termenung di atas meriam.

Rumah Api di Bukit Melawati
Pemandangan indah di atas bukit
Pemandangan indah di atas bukit
Bersiar-siar di luar Muzium Kuala Selangor

Bersantai-santai diatas pokok

Pemandangan di sepanjang kami menaiki Keretapi mengelilingi Bukit Melawati
Pemandangan di sepanjang kami menaiki Keretapi mengelilingi Bukit Melawati
Pemandangan di sepanjang kami menaiki Keretapi mengelilingi Bukit Melawati
Diatas ada terletaknya batu hampar tempat memancung kepala orang yang didapati bersalah.
Makam diraja
Bergambar di atas tembok bukit malawati

Papan tanda Taman Alam Kuala Selangor

Pemandangan Taman Alam dari menara peninjau


Pemandangan Taman Alam dari menara peninjau

Di atas menara Peninjau



1 ulasan:

  1. Tengok gambar 2 ni...terasa rindunya nak balik kg. Tapi biasalah...bila tempat tu kat kg sendiri, buat x tau je kan...

    BalasPadam

Terdapat ralat dalam alat ini