Jumaat, 3 Jun 2011

Mentarang di sepanjang Jalan Tanjung Karang ke Sungai Besar Selangor

Pada kali ini kami ingin bercerita mengenai mentarang iaitu sejenis hidupan laut yang hidup di selut tepi pantai. Badannya lembut dan seakan mirip dengan kupang. Setiap kali kami pulang ke kampung kami di Tanjung Karang , kami akan mencari mentarang ini untuk dijadikan santapan makanan kami. Rasanya yang enak dan lemak pasti menambat selera kami. Biasanya mentarang ini di masak dengan pelbagai cara dan antaranya masakan pedas, tomyam atau dibakar.

Mentarang

Mentarang merupakan sejenis haiwan bercengkerang yang boleh dimakan. Mentarang mempunyai kulit yang nipis dan biasanya lebih menggemari air yang mempunyai suhu yang rendah. Mentarang hanya boleh ditemui di pantai yang berselut sahaja seperti di Pantai Sabak, Selangor atau di Kuala Perlis, Perlis dan biasanya ia dikutip semasa air surut. Mentarang ini seperti mempunyai musim kerana jika ada maka banyaklah terdapat di tepi-tepi jalan sepanjang dari Tanjung Karang sehingga ke Sungai Besar.




Kami mencuba masakan mentarang di D'muara marine Park, Sungai Haji Dorani yang terletak di muara sungai. Di sini bilikpenginapannya mempunyai 2 pakej iaitu penginapan bilik terapung dan single storey apartment yang juga disediakan untuk pengunjung menikmati keindahan alam pantai dan juga kehidupan nelayan kampung. Sepinggan mentarang masak pedas hanya RM5 sahaja. Kami pada mulanya memesan satu pinggan sahaja tetapi bila sudah merasakan keenakkan masakan mentarang masak pedas maka kami pun menambah satu pinggan lagi. Ternyata pelayan di situ memang mengesyor kami merasa mentarang masakan pedas.

Sepanjang kunjungan ke sana kami menjumpai banyak gerai yang menyediakan masakan mentarang dengan pelbagai rasa di sepanjang perjalanan kami. Kami paparkan mentarang yang terdapat di sana . Untuk mengetahui lebih lanjut apa aktiviti dan gambar-gambar yang terdapat di  D'Muara Marine Park di sungai Haji Dorani boleh dilawati di http://doranibayuresort.blogspot.com/ 



Gerai yang terdapat di tepi jalan

Gerai yang terdapat di tepi jalan

Syafiqah bergambar di muara Sungai hj Dorani. . Bangunan di belakang adalah restoran tempat kami menjamu selere di  D'Muara Marine Park.

Mentarang yang baru diambil dan telah dibersihkan


Isi Mentarang


Mentarang bakar




1 ulasan:

  1. assalamualaikum....yer la rupanya mcm kupang tapi isinya panjang2...mcm mna rasa die ek...:)

    BalasPadam

Terdapat ralat dalam alat ini