Malam Sambutan tahun baru 2011 pada kali ini kami sambut di ICT Shah Alam, Selangor. Pada malam tersebut lautan manusia memenuhi dataran ICT semata-mata hendak melihat pertunjukkan bunga api dan persembahan artis yang memeriahkan suasana malam sambutan tahun baru. Ribuan pengunjung duduk di atas dataran seisi keluarga sambil menikmati keindahan pokok-pokok yang berlapu menambahkan lagi keceriaan malam tahun baru.
Apabila detik 12mlm 01/01/2011 menjelma, percikan bunga api yang dilepaskan memenuhi ruang angkasa Shah Alam. Gema letupan bunga api memadamkan kesunyian di malam hari. Semua pengunjung bersorak girang dan mendongak ke langit melihat keindahan bunga api di angkasa. Kanak-kanak bersorak riang melihat percikan bunga api tanpa ada sedikitpun rasa mengantuk. Selepas menikmati pemandangan yang cantik dengan percikan bunga api kami pun menjamu selera membasahkan tekak sambil berehat seketika sebelum pulang.
Perjalanan yang biasanya mengambil masa tak sampai satu jam untuk ke Puchong pada malam itu kami terpaksa menempuh kesesakan lalulintas dan sehingga 2 jam untuk sampai ke rumah kami di Puchong. Walaupun letih dan mengantuk tapi rasa gembira dapat melihat kemuncak malam sambutan tahun baru di Shah Alam dan meninggalkan kenangan manis pada kami sekeluarga.
Sambutan Tahun Baru kami rakamkan untuk dikongsi bersama.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan