Jumaat, 24 Jun 2011

Puchong

Sudah 4 hari kami tak update blog kami, Kerja yang banyak di tempat kerja memaksa kami melupakan seketika blog menara kehidupan ini. Jadual kelas makmal kejuruteraan untuk pelajar first year sehingga tahun akhir yang padat perlu disiapkan dengan segera dan begitu juga audit asset makmal kejuruteraan cukup memberi tekanan untuk disiapkan mengikut masa yang telah ditetapkan. Ini semua berlaku setiap kali bermulanya semester pembelajaran setiap semester pengajian.

Sejarah Hidup kami di Puchong,

Kali ini kami ingin berkongsi cerita perkembangan pesat Bandar Puchong yang telah 10 tahun kami mendiami di sini. Tahun 2001, bandar puchong hanya ada 2 mercutanda iaitu IOI Mall dan Highway LDP yang siap dibina. Beberapa dereta kedai dan pusat perniagaan selepas itu terus berkembang pesat hingga kini bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.
Deretan bangunan baru

Satu persatu lombong yang terbiar dimajukan atau ditimbus. Lombong yang besar dijadikan tempat peranginan, lombong yang sederhana dijadikan tempat pelupusan sampah dan lombong yang kecil dan tidak dalam ditambak untuk dibangunkan.

Pada asasnya kawasan Puchong merupakan kawasan yang bersekitaran dengan Jalan Puchong, iaitu laluan jalan raya yang menghubungkan Kuala Lumpur-Jalan Klang Lama- Dengkil dalam daerah Sepang dan bercabang ke Banting atau Bangi Lama. Jalan lamanya sangat berselekoh dan merbahaya serta berkelebaran yang sempit. Sebelum jalanya dibesarkan kami pernah terbabas dan terjun ke dalam longkang di tepi jalan puchong kerana selekoh yang tajam dan berpasir.

Pekan Puchong lama terletak di batu 12, berhampiran Taman Puteri disini wujudnya balai polis lama yang telah dipindahkan dan kemudahan kerajaan yang lain. Pekan Puchong ini ditenggelamkan oleh pembangunan Pusat Bandar Puchong yang baru. Kilang Tractor Malaysia telah mendominasikan kawasan tersebut menjadi kawasan perindustrian. Di sini juga terdapat deretan kedai "Potong Body" untuk spare part kereta buatan Jepun dijual .

Semoga dengan sedikit ilmu yang ditimba dari pengalaman ini dapat dimanfaatkan untuk masa hadapan.

Gambar dibawah ini menerangkan lebih terperinci perkembangan jalanraya dan pusat membeli belah di puchong   :


Jalan lama yang telah dibesarkan berhampiran kilang George Kent
Persimpangan Meranti Jaya Jalan Puchong di stesen minyak Petronas.

Carrefour di Taman Puchong Utama
Lebuhraya LDP Puchong

Jejantas untuk kemudahan pejalan kaki di Lebuhraya LDP

Persimpangan LDP menuju ke Pusat bandar puchong dan Shah Alam


Bangunan Pusat Perniagaan baru di Puchong

Susur untuk ke Tesco Puchong

Tesco Puchong

Anak-anak berehat menikmati buah betik di Tesco Puchong

Kami membeli belah di sini.


Pelbagai jualan tersedia

Deretan kedai yang baru berhampiran Giant Taman Puteri

Deretan kedai yang baru berhampiran Giant Taman Puteri

Carrefour di waktu malam

Kedai makan malam di Bravo's yang menyediakan makanan yang sedap dan enak pada harga yang berpatutan.

Kami menunggu hidangan sampai.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan