Khamis, 30 Jun 2011

Nasi Kukus Ayam Dara Berempah

Selepas kami melihat perkembangan projek perumahan kami maka kami berkunjung ke gerai Nasi Kukus Ayam Dara Berempah untuk menjamu selera. Kalau ke sana pasti anak2 kami ingin makan di situ. Mungkin kelembutan nasi yang telah di kukus itu menambat selera anak2 kami. Begitu juga ayam goreng berempah yang lazat berserta kuah kari yang pekat menambahkan lagi selera anak2 kami.



Nasi ini biasa sahaja tetapi bila nasik tu dikukus...peerhh..lembut bak kapas...ditambah pula dihidangkan panas2 berasap putih menaikkan lagi bau aroma nasi kukus ni....lauk ayamnya pula yang digaul dengan rempah2 terpilih membangkitkan... lagi selera rasa ayam goreng berempahnya...kuah karinya yang pekat menambahkan perasa yang lazat tidak terperi nikmatnyaaaa.....Sayur timun yg dipotong serong dicecah dengan sambal belacannya memang boleh terbalik meja makan tu...pendek kata memang sedap la rasanyaa....


Gambar hidangannya kami rakamkan untuk tatapan bersama.

Kedai Nasik Kukus Ayam Dara Berempah

Antara kedai-kedai yang terdapat di Medan Selera Bandar Baru Salak Tinggi

Isteri ku pergi meninjau

Inilah dia hidangan Nasi Kukus Ayam Dara Berempah

Inilah dia hidangan Nasi Kukus Ayam Dara Berempah

Kuah Kari yang pekat

Sambal belacan

2 ulasan:

  1. sedapnyer menu ayam dara ni...kat mana yer En Kazman&Pn Sue?medan selera yang kat bustop tu ker?yang otw ke lawyer tu ker?

    BalasPadam
  2. Ooo... kedai ni dekat dengan bus stand yang nak kelawyer tu la.... betul tu... kan ada medan selere sepanjang tepi jalan tu... cuba la.. kalau selere kami sedap jugak masakan tu panas2... nasinya lembut...

    BalasPadam