Isnin, 1 Ogos 2011

Patah Tumbuh Hilang Berganti

Pada hari Rabu 27/07/2011 aku bersiar-siar untuk meninjau handphone baru untuk isteriku, Kesedihan yang melanda isteriku cukup menggusarkan hatiku....apakan tidak jikalau mood isteriku tidak baik bermakna terpadam lah niat hendak ke Stadium Bukit Jalil bersama rakan-rakan....ternyata tekaan aku meleset sama-sekali. Isteriku dengan rela hati membelikan tiket bola ke stadium yang ia beli melalui rakan sekerjanya. Aku dan Syafiq gembira dapat pergi ke stadium. Alasan aku bahawa syafiq tidak pernah pergi ke stadium dan janjiku hendak mengantikan handphonenya yang hilang ternyata berbaloi....



Sampai di The Mines Sri kembangan aku pun memulakan langkah merayau-rayau dan menghinggap dari satu kedai talipon ke satu kedai talipon yang lain. Tujuan utama hendak mencari Handphone yang boleh berfungsi 2 dalam satu atau handphone yang boleh berinternet dan boleh digunakan jua sebagai kamera. Senang cerita beli satu barang boleh digunakan pelbagai fungsi dan tujuan. Lagi pun senang untuk aku yang baru berjinak-jinak menjadi blogger tidak bertauliah ini supaya boleh upload gambar dan berita di blog walaupun sedang melepak di kedai kopi atau mana-mana yang ada liputan wifi.

Almaklumlah kamera aku pun dah bersepai tidak boleh digunakan lagi dikerjakan oleh si Adam. Jadi fikir punya fikir Nokia C7 laa yang menjadi keutamaan. Pusing punya pusing habis aku tawaf satu floor di tingkat atas The Mines. Ternyata Handphone Nokia C7 harganya masih untuh bertahan tinggi walaupun model tu sudah berada di pasaran berbulan-bulan yang lalu. Apakan daya budget tak sampai aku pun turunkan taraf ke Nokia C6. Tanpa menyatakan kehampaan di hati aku meneruskan juga pencarian handphone yang ada.



Nokia C7
 Maka pada hari Khamis dengan rasminya aku mencari Nokia C6 sambil berlegar-legar di sekitar tingkat atas Floor The Mines. Sampai satu ketika aku menjumpai handphone yang dicari-cari iaitu Nokia C6. Aku pun terus tawar menawar dengan penjual walaupun pada asalnya aku berkenan dengan Nokia N8. Kehebatan specification pada Nokia N8 ternyata memang berbaloi dengan harganya... Bila aku teringat budget yag ada aku turun jua ke Nokia C6 kembali. Dengan rakusnya si Pekli kawan aku yang pada awalnya cuma nak kawankan aku mencari handphone terjebak menukar handphone sekali. Si Hamdi bersama Fizzi cuma menelan air liur sahaja  melihat keberanian pekli membeli Nokia N8.


Nokia N8

Setelah aku habis tawar menawar pada harga terendah dan begitu juga pada pekli yang sudah berkenan dengan Nokia N8 kami pun terus menuju food court sambil menunggu pekedai tersebut hendah menyiapkan handphone tersebut . Penangan mencari handphone punya pasal sampai terlupa dan kebas perut masing-masing dari kelaparan. Tetiba pula aku berselera hendak makan nasi Ayam. Setelah memuaskan nafsu makan aku pun memberitahu kepada isteriku samada dia boleh terima hakikat ke tidak jika aku belikan Nokia C6 ini dan ternyata isteriku dengan lapang dada tidak memilih handphone apa sahaja yang aku belikan. Betapa senang aku mendengar jawapanya dan terus menuju ke kedai tadi untuk membeli dan mengambil Nokia C6.



Maka dengan rasminya pada hari Sabtu 30 Julai 2011 aku menghadiahkan handphone Nokia C6 untuk isteriku walaupun aku sendiri pakai handphone Nokia lampu suluh!!!!

Sehingga kini Handphone tersebut masih kekal pada isteriku dan aku jua telah membelikan cover warna pink lagi untuk isteriku. Hemmm pink gitu. 


Baru balik dari The Mines Guna kamera berkuasa tinggi 12Mpixel  Nokia N8 pekli punya

Handphone ini juga merangkap camera kami yang telah rosak. Berkemampuan 5.0 mega pixel rasanya cukuplah buat masa ini. Maklumlah nak dekat raya nanti kalau x der camera macam tak lengkaplah kalau tak bergambar bagai...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan