Khamis, 18 Ogos 2011

Happy Hour Di Metrojaya PICC


Pelbagai cara jualan diketengahkan oleh pasaraya-pasaraya besar untuk menarik pelanggan terutamanya ketika hampir menjelangnya perayaan besar di Malaysia. Pada kali ini aku tertarik untuk membahaskan mengenai cara penjualan melalui kaedah " happy hour " yang sering terdapat di Metrojaya sale dan beberapa persoalan yang menarik untuk dikupas bersama mengenai konsep jualan Happy Hour ini. Konsep yang seakan-akan pasar malam untuk menarik pembeli memang berkesan juga untuk di praktikkan di mana-mana pasaraya.


Oleh kerana hari ini merupakan hari cuti umum bagi negeri Selangor iaitu cuti Nuzul Quran  maka kami tidak melepaskan peluang untuk mencari sedikit persiapan hari raya yang akan tiba tidak lama lagi.  Masa aku sampai di PICC semalam memang tempat letak kereta penuh dan ramai orang yang berkunjung ke  jualan tersebut. Tapi bila sampai di kawasan tempat letak kereta di aras bawah tanah aku bernasib baik kerana mendapat parking yang berhampiran dengan lif.




Kalau nak tahu inilah laluan masuk untuk ke Metrojaya sales yang dibuat di Hall B PICC dan aku melangkah masuk dengan hati yang berdebar-debar, maklumlah dalam kepala terfikir tentang jualan murah sehingga 80% dan nak juga aku tengok apa yang dijual tu sampai 80% diskaun tu.

Apabila masuk sahaja ke dalam dewan tersebut memang padat dengan manusia dan seperti  biasa aku memantau gerak-geri lincah si Adam ni  manakala isteriku pula terus buka langkah untuk melihat sales di sana-sini dalam dewan tersebut. Memang benar jualan murah kali ini yang dibuat oleh Metrojaya menawarkan potongan harga dari 20% sehingga 80 % diskaun.




Tapi aku seperti biasa berlagak cool dan berjalan-jalan di celah-celah manusia yang ramai yang tengah memilih baju, kasut, handbag dan pelbagai lagi barangan yang diperagakan, pendek kata semua ada dari keperluan rumah, keperluan diri sehingga mainan kanak-kanak. Aku rakamkan suasana di dalam Metrojaya sale di Putrajaya untuk tatapan umum.


Adam yang mulanya cergas tiba-tiba merengek minta dokong seperti kereta kehabisan minyak pula. Dia terus mendapatkan mamanya untuk berdokong dan tidak berapa lama kemudian ia terus tertidur. Aku yang tidak mahu mood shopping mama terganggu terus mengambil adal dan mendokongnya. Syukur dia dapat tidur walaupun dalam keadaan yang hiruk pikuk di dalam dewan PICC ini.



Sedang aku khusyuk membelek baju untuk buat raya nanti tiba-tiba dikejutkan dengan bunyi siren kecemasan menandakan jualan Happy Hour pun bermula.  Tidak lama kemudian munculah seorang jurujual Metrojaya yang menggunakan pembesar suara untuk memberitahu tentang jualan happy hour akan bermula sebentar sahaja lagi.


Cuba anda  lihat video di atas, si jurujual tu lah yang pasang siren dekat pembesar suara dia nak menarik perhatian pengunjung untuk pergi ke tempat dia dan masa tu memang ada jualan happy hour dimana potongan harga untuk barangan jualan sehingga 80 % dan memang ramai orang berpusu-pusu ke kawasan tersebut. Biasanya waktu jualannya hanya 30 minit dan ke bawah yang menyebabkan pembeli tiada masa untuk berfikir lama-lama sama ada berbaloi atau tidak untuk membelinya.

 Nak bayar pun kena beratur panjang

Mamat yang sebelah kanan sekali merupakan "Polis traffic " yang menjaga lalulintas mereka yang beratur untuk hendak membuat bayaran.

Surau yang disediakan untuk pengunjung di PICC putrajaya.

Lantas aku terfikir tentang konsep jualan happy hour ni yang telah dibuat oleh Metrojaya ini dapat menarik orang ramai serta jualan yang laris bagai pisang goreng panas ini mungkin boleh digunakan oleh pasaraya yang lain di Malaysia dan aku pasti kalau kena pada tempatnya produk mereka juga akan menjadi seperti pisang goreng panas.


Kebaikan kaedah Happy Hour
·         Dapat menarik dan menterkejutkan pelanggan yang sedang memilih barangan dan membelinya dengan harga yang murah.
·         Orang buta pun boleh menuju ke tempat jualan happy hour berpandukan bunyi dari pembesar suara.
·         Jurujual tidak lagi sakit tekak untuk menarik pelanggan.
·         Dapat melariskan jualan dalam masa yang singkat, maka memudahkan pihak penjual untuk mengeluarkan stok yang di dalam simpanan lagi.
·         Dapat mengejutkan anak aku yang tertidur bermakna aku tidak perlu lagi nak mendukungnya.

Keburukan Kaedah Happy Hour
·         Tidak memberi peluang yang lama untuk pelanggan memikirkan semasak-masaknya untuk membeli.
·         Kalau sakit lemah jantung boleh terperanjat kerana pembesar suara tersebut menggunakan valume yang tinggi untuk menarik pelanggan.
·         Tidak memberi peluang untuk pelanggan membuat perbandingan harga dan kualiti dengan barangan yang lain.
·         Terpaksa berebut-rebut antara pelanggan yang berpusu untuk memilih barangan.
·         Menjadi tidak selesa ketika membeli belah dengan bunyi yang bingit.

Kalau direnungkan mungkin banyak lagi yang kita dapat bahaskan tentang kebaikan dan keburukan kaedah happy haur ini dan terpulanglah kepada setiap individu untuk menerimanya konsep ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan