Pada tengahari sebelum majlis bermula kami pergi ke pekan Air Hitam, Batu Pahat untuk mengisi NGV kami yang hampir habis. Di sana merupakan satu-satunya stesen minyak Petronas yang menjual gas NGV di kampung. Kami paparkan perjalanan kami ke sana....
Pekan Yong Peng.
Pekan Yong Peng.
Pekan Yong Peng.
Pekan Air Hitam.
Di sini merupakan tempat kedai baru untuk membeli barangan perhiasan atau majlis perkahwinan dengan harga yang berpatutan.
Pekan Air Hitam.
Sebelum majlis pertunangan dimulakan dan menunggu rombongan pihak lelaki tiba, kami adik beradik dan sanak saudara menjamu selera dengan lauk-pauk yang telah disediakan beramai-ramai. Majlis pertunangan pun bermula kira-kira pukul 2:45 ptg setelah rombongan lelaki sampai. Majlis meraikan hari jadi juga diadakan yang dimulakan dengan acara memotong kek dan bergambar beramai-ramai selepas majlis pertunangan selesai. Kek yang ditaja oleh pasangan yang bertunang itu di potong oleh anak kami Hanis Syafiqah walaupun sebenarnya kek tersebut memang untuk anak buah kami dan pasangannya yang bertunang. Majlis yang sederhana tetapi meriah itu kami abadikan sebagai kenang-kenangan. Selepas acara memotong dan memakan kek, seterusnya acara membedal durian pula mengambil tempat. Pendek kata, kami ini kerjanya makan sahaja dari mula sampai habis majlis.Perut pun dah tahap tepu dan sendawa durian. Kami paparkan kenangan ini bersama-sama.....Leka menikmati makanan yang lazat....
Kak Non sekeluarga bersama keluarga kami.
Acara memotong kek.
Acara memotong kek.
Acara memotong kek.
Kak Ipar kami iaitu Kak Eton yang menyambut hari jadi hampir-hampir tarikhnya dengan anak kami.
Adik-beradik dan sanak saudara.
Adik-beradik dan sanak saudara.
Majlis pertunangan dimulakan. Kedua-dua belah pihak saling berbincang mengenai tarikh perkahwinan dan segala urusan perlu.
Majlis pertunangan dimulakan.
Anak buah kami yang mengikat tali pertunangan dengan Halim.
Antara barangan hantaran.
Acara menyarung cincin pertunangan.
Antara ahli rombongan pihak lelaki.
Aisyah bergambar bersama Emak dan Kak Lo.
Kami yang melepak di bahagian luar rumah.
Kami bersama aisyah anak buah kami yang mengikat tali pertunangan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan