Rabu, 2 Januari 2013

Hari Persekolahan Bermula

Hari ni mesti hari yang sibuk kepada setiap ibubapa yang mempunyai anak yang bersekolah.. Pagi ni kami menguruskan kemasukkan anak kami si Adam untuk mengikuti kelas tadika yang berusia 4 tahun... dalam sarat ibu mengandung si ibu menggagahkan juga untuk memberi dorongan dan semangat kepada Adam yang ingin memulakan pembelajaran di Tadika Islam Sinaran Ilmu.

Syukur anak kami tidak meragam di pagi hari. Mood ceria dibawa hingga ke Tadika. Di tadika ada ramai lagi anak rakan sekerja kami yang menghantar di situ jadi ramai la juga yang dia kenal. Ini pun memudahkan lagi perasaan adam untuk belajar di sini.


Bila sudah sampai kelas maka ramailah Adam dapat kawan nanti.... sambil belajar sambil mengenal dunia pembelajaran... Anak rakan kami pun hantar situ juga... seperti biasa Adam pun bersama anak rakan sekerja kami yang sebaya juga...


Semoga Adam rajin belajar menjadi insan yang berguna bila besar nanti...

2 ulasan:

  1. Comelnya adam ... umi doakan yang terbaik buat adam ..amin2

    BalasPadam
  2. comel & encem.... happy new year juga ye

    BalasPadam

Gadget

Kandungan ini tidak tersedia melalui sambungan tersulit.