Isnin, 10 Jun 2013

Jalan2 KL

Assalammualaikum...
Berakhir sudah cuti2 untuk anak2 untuk sesi penggal pertama..harini mulalah penggal ke2. Ni nk cerita pasal cuti malaysia untuk cuti sekolah yang baru saja berlalu.... Memenglah kami ni tinggal dekat dengan ibu negara tapi biasalah yag jaug buleh pergi, yang dekat belum tentu selalu kita pergi... camtu juga lah kami ke KL. Bercinta betul nk harungi jem. Jumaat lepas sempatlah mama dan abah ambil cuti sempena nak bawak anak2 berjalan2... Pusat Sains Negara jadi agenda jalan2 kali ini.


Pusat Sains Negara telah dibuka secara rasminya pada 29hb November 1996 oleh Perdana Menteri Malaysia ketika itu, YABhg. Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Lokasinya terletak di sebuah kawasan yang aman, harmoni dan dikelilingi kehijauan semulajadi di Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Bangunan Pusat Sains Negara merupakan sebuah mercu tanda kebangsaan melalui rekabentuknya yang unik dan saintifk. Bangunannya menyerupai sebuah kon yang terpotong di kemuncaknya dan ditutupi dengan sebuah kubah geodesic.

Galeri ini dibangunkan khas untuk kanak-kanak berumur 7 hingga 14 tahun dengan menerapkan konsep Me and My World. Rekabentuk bahan pameran di galeri ini mengambil kira sembilan elemen kepintaran kanak-kanak yang dapat menjana minda yang kreatif dan inovatif. Galeri ini terbahagi kepada 4 bahagian utama iaitu Bunyi dan Muzik, Mesin, Kreativiti, dan Istimewanya Saya.

Seronoknya anak beranak ni..

Alamilah pengalaman berjalan melalui terowong akuarium dan melihat kepelbagaian ikan air tawar tropika serta kehidupan dalam sungai dari sudut pandangan hidupan sendiri.

Direka khas untuk anak kecil 3 tahun dan ke bawah. Kawasan ini merangsang kemahiran motor di kalangan kanak-kanak dan bayi.

Masih banyak tempat lagi yang harus diterokaai lagi di pusat Sain Negarani... sesiapa nak pergi haruslah merancang tempat2 yang ingin dilawati kerana begitu banyak tempat2 indoor & outdoor yg harus diterokai.

7 ulasan:

  1. kalau kena hari nyer, ada mcm2 pameran dibuat kat situ...

    BalasPadam
  2. ha ah duk je dkt2, menara kl tu..lalu je..blum ada hati nak singgah

    BalasPadam
  3. dah lama teringin nak bawa anak2 ke sana, tapi belum tercapai... seronok tgk anak2 seronok, kan?

    BalasPadam
  4. bestnya.. tunggulah anak dah 7 tahun boleh la dtg sini... hehehe... baby pun dah besar tu...

    BalasPadam
  5. seronoknyer... tgk gambar pun dah tau !

    BalasPadam