Selasa, 6 September 2011

Pantai Minyak Beku

Pantai ini juga merupakan tempat aku beristirehat dihujung minggu suatu ketika dahulu di waktu zaman bujang. Banyak juga kenangan yang di pahat di sini ketika aku bekerja di kilang Sharp Batu Pahat. Pantai Minyak Beku merupakan pantai yang mengunjur di persisiran muara Sungai Batu pahat. Pantainya yang berbatu dan sedikit pasir menghiasi persisiran pantainya. Suatu ketika dahulu pantainya cantik dan sering menjadi tumpuan awam namun setelah terdapatnya kuari pemecah batu sedikit demi sedikit mula berkurangan pengunjung kerana percemaran debu dan bunyi bising daripada kuari batu. Namun setelah kuari batu itu ditutup,  pantai Minyak Beku dimajukan semula untuk menarik kembali pengunjung bertandang ke situ.

Isnin, 5 September 2011

Belangkas

Pulang bercuti hari raya pada kali ini aku tidak melepaskan peluang untuk berkunjung ke Pantai Minyak Beku, Batu Pahat, Johor. Dari kecil sampai sekarang aku masih tetap mengunjungi pantai ini kerana ia menyimpan beribu kenangan hidup aku bersamanya. Antara kenangan aku ialah menangkap belangkas di Telok Bakung ( Sekarang namanya Teluk Wawasan ) bersama rakan-rakan. Teluk Bakung dan Minyak Beku merupakan persekitaran muara Sungai Batu Pahat dan di situlah terdapatnya haiwan bernama Belangkas.


Ahad, 4 September 2011

Jawatan Kosong di Telekom Malaysia

Hari ni aku nak war-warkan jawatan kosong di TM dengan pelbagai jawatan dan skop kerja. Jadi, kepada sesiapa yang teringin atau yang masih menganggur atau pun nak bertukar angin kerjaya bolehlah mohon jawatan kosong tersebut sebelum 9 sep 2011 ini... kiranya tinggal 4 hari sahaja. Jangan takut tak sempat nak pos resume atau surat ke human resorce atau ke apa2 pun kerana semua permohonan hanya melalui Online sahaja... Hanya klik..klik ajeee....


Pelbagai jawatan kosong akan saya paparkan di sini dari semasa ke semasa untuk pelayar-pelayar kami yang baik hati semuanya.... Untuk keterangan lanjut sila rujuk seperti di bawah ini.....

Sabtu, 3 September 2011

Ulam kegemaran

Salam semua...
Pejam celik sudah 5 hari kita menyambut berada dalam bulan syawal nih....rasanya macam dah tepu dengan makan makanan hari raya. Bila sampai kat kampung Batu Pahat nih menu pilihan makanan aku memang suka masak masakan ala kampung sebabnya kat bandar asyik makan kobis, cerrot dan sawi aja.... beli kat pasaraya.
Memang hobi aku meraund keliling umah mak mertuaku mencari bahan free dan fresh jer. segala ulam aku petik. Ulam raja, tenggek burung aka cabang tiga,daun singkil aka pucul bebuas semuanya ada.... kalau kat bandar boleh tahan harganya.


Pokok Pucuk Manis

Khamis, 1 September 2011

Beraya ke rumah sanak saudara

Kehangatan beraya masih terasa kepada semua. Kunjung mengunjung menjadi amalan mulia..... raya ke tiga telah menjelma tiba..... ucapan ampun dan maaf sering di pinta............ Itulah kemeriahan di hari rayaa.....
Secara ringkasnya kami beraya di parit 3 dan parit 4 di rumah pakcik-pakcik dan rumah nenek di sawah. Pekerjaan utama di sini merupakan petani sawah dan kunjungan kami pada hari raya ini kami melihat tumbesaran pokok padi daripada kecil kerana mengikut kata pakcik kami bahawa pokok padi baru di tanam dari 2 minggu hingga ke sebulan yang lepas secara berperingkat-peringkat.

Kampung ini juga sering menjadi lokasi pengembaraan filem antara contohnya filem Nur Kasih... Sawahnya yang luas terbentang memberi ketenangan kepada kami untuk melihatnya. ikutilah gambar-gambar yang kami rakam sepanjang kunjungan kami di sana.........