Sabtu, 3 September 2011

Ulam kegemaran

Salam semua...
Pejam celik sudah 5 hari kita menyambut berada dalam bulan syawal nih....rasanya macam dah tepu dengan makan makanan hari raya. Bila sampai kat kampung Batu Pahat nih menu pilihan makanan aku memang suka masak masakan ala kampung sebabnya kat bandar asyik makan kobis, cerrot dan sawi aja.... beli kat pasaraya.
Memang hobi aku meraund keliling umah mak mertuaku mencari bahan free dan fresh jer. segala ulam aku petik. Ulam raja, tenggek burung aka cabang tiga,daun singkil aka pucul bebuas semuanya ada.... kalau kat bandar boleh tahan harganya.


Pokok Pucuk Manis


Pokok Pucuk Ubi

Pokok Ulam Raja

Pokok singkil ( bahasa jawa ) atau pokok bebuas

Pokok Tenggek Burung atau Cabang tiga

Pokok Petai
Inilah hasil setelah aku bersilat kat dapur untuk hari ini... pucuk ubi rebus, masak bening pucuk manis, tahu goreng cecah sambal kicap, ikan kerisi goreng dan sambal belacan. Peerghh...lazat dan licinnn......

2 ulasan:

  1. sama la dengan aku...haaa3x...sunyi je sebab ramai yg cuti lagi...

    BalasPadam

Gadget

Kandungan ini tidak tersedia melalui sambungan tersulit.