Khamis, 22 September 2011

Open Office Sana Sini

Sambutan majlis hari raya Peringkat Fakulti (keseluruhan) dan juga Peringkat Staff (untuk kita-kita ajee!!)  yang diadakan pada waktu makan tengahari di dalam lab aku ni  selama dua hari berturut-turut disambut dengan meriah. Konsep hidangan Peringkat Fakulti adalah secara catering dan pada Peringkat Staff pula dengan cara potluck mengikut floor dan pejabat masing masing menambahkan lagi kemeriahan lauk-pauk yang dihidangkan. Sibuk juga aku ni yang menjadi TUAN TANAH  untuk menganjurkan majlis sambutan hari raya ni. Dean dan juga staff sama-sama melapangkan masa untuk berkumpul dan menjayakan majlis sambutan hari raya pada kali ini. Sambutan majlis yang dimulakan dengan ucapan dari Dean Fakulti dan seterusnya jamuan makan dimulakan. Kemeriahan majlis ini dirakamkan untuk kenangan kami semua dengan cerita bergambar ini.


 Selesai Dean (berbaju kemeja putih di bahagian tengah) menyampaikan ucapan perasmian, para hadirin terus ke meja hidangan untuk jamuan makan.

 Sebelum itu... Kerja-kerja gotong royong memasak di dalam lab masing di second floor giat dijalankan di dalam lab fahmi.... meriah sungguh acara menyiapkan juadah jamuan hari raya ini. Dalam tempat kerja pun jadi.... kita layannnnnnn.....

 Tu diaaa.... Dapur bergerak mudah alih sedang beraksi... masak mee kari punya penangan....

Ni dalam lab aku pulak.... sebagai tuan tanah yang menyediakan tempat jamuan sambutan majlis maka lab aku di deko sedemikian rupa.... Senang citer dari awal sampai ke akhir semuanya memberikan kerjasama sehingga berjayanya majlis sambutan hari raya ini... Terima kasih semua kerana memberi komitmen yang cemerlang untuk tugasan sambutan hari raya 2011 pada kali ini...

Jamuan Peringkat Fakulti yang siap dengan kek hari rayaa....  yee haaa...

 Para lab staff dan office staff fakulti kejuruteraan sibuk memilih juadah makanan yang terhidang.

 Secretary Kak Maha yang bertungkus-lumus melayan tetamu dan mempromosikan makanan yang ia buat sendiri iaitu laksa penang....... Maveless... sedap...tak yah pi penang nak rasa laksa penang....

 Masing-masing dah tak pandang kanan kiri lagi dah masa nak pilih juadah...

 Wah...depan belakang dia sapu makanan... dua bradik lain mak dan bapa ni sorang buat mee... sorang lagi suruh mak masak angkut makanan dari kampung di banting.....orang bujang pun masak.... layannnn....

 Apabila sesi makan selesai sorang-sorang muka kekenyangan... tahap tersandar dah ni....

 Sambung makan balik....!!!

Aaiikkk Nurul!!!... Nak order makanan main angkat tangan....!!! silap tempat ni.... self service please...!!!

 Dean dan LMC Chairman meronda-ronda melihat gelagat anak buah staff dia makan.....

 Kak Maha sibuk menapau makanan yang lebih...!!! tu diaaa... sampai tak perasan muka kena snap...!!!

 Zura @ kakak angkat hamdi....!!! sedang menjamu selera dengan tenang dan damai...
 Dari kiri... Hamdi...Fahmi...Deris...Pizzy.... berlegai minum air sapa yang paling banyak...

 Kuah pun licinnnnnn...... Settleee semuaaa.......

 Geng opis yang tengah berborak kekenyangan.....

 Zura... tak padan kecik... tapi selera gajah....dahsyattt....

 Dah habis makan baru sedar aksi-aksi dah kena snap .... haaa3x....

 Aku sekeluarga yang sedang menjamu selere... seronok anak binik opis dan sekolahnya dekat-dekat. Tengahari makan bersama....

 Wah Sal... ketawa kenyang nampak... tapi itu perut beso bukan pasal makan banyak tapi dah nak beranak beberapa minggu je lagi....

 Tak habis2 menapau makanan yang berlebihan... sesi bertukar2 hidangan....

 Alamak... Tak sanggup chief aku ( tutup muka ) ni tengok gelagat staff menapau... haaa3x...
Siaplah juga akhirnya sesi menapau dan bertukar-tukar hidangan sesama staff.... Itulah kesudahan majlis Sambutan hari raya di peringkat tempat kerja pada tahun 2011.... semoga kembali ceria sesama staff untuk menjalani pekerjaan ini....

3 ulasan:

  1. Wahhh mcm sedap je tu ..nak tapau boleh? kek pun nampak sedap ..pas ni nak gi kedai la beli kek ..dapat beli yang kecik pun jadi laa hahahahahahahaha :) yam yam ..peace ..

    BalasPadam
  2. mana2 negeri merantau...sama je kerja2 menapau ni. di johor dulu siap ada AJK membungkus (acara makan belum mula lagi) bila tiba maulidur rasul. kat s'gor n kedah ok lg lah..menapau lepas majlis makan2 berakhir...

    BalasPadam
  3. Itu kek tak sempat tapau... licinnnn.... Acara menapau tu acara wajib... tak meriah kalau acara menapau tak diadakan....

    BalasPadam