Rabu, 14 September 2011

Adam tercedera.

nih nak ceritakan kisah bila 2 beradik berlegai..

Kisah ni terjadi lepas balik dari  Volkswagen Das Auto Show  masing dah penat.... almaklumlah tah berapa jam beratur, memasing mula lah nak cari pasal. berebut bebenda yang tak patut pun.
Lepas gi pameran terasa nak tengok progress rumah lak... terasa rindu kat rumah Taman Desa Sri Qaseh 10/09/2011 ( Pendawaian Rumah ) .
Otw nk gi sama kami singgahlah kat petronas TPM, sambil nk sembahyang sekali...
 mama gi tandas jap sementara abah tunggu budak2, semasa selisih abah gi surau & mama nak masuk kereta sempat adam dan along berebut benda yang x sepatutnya jadi mainan.
Benda merupakan kipas bergerak yang abah buatkan untuk along kat sekolah sebab kat sekolah along mengalami kerosakan pendawaian elektrik dan menyebabkan kipas tidak berfungsi di sekolah. Maka abahnya pun buatkanlah kipas ni untuk along rasa selesa dan nyaman ketika belajar. Kipasnih abah ambil dari dalam CPU yang nak menyejukkan processor tapi abahkan kretif.... jadi kipas angin begerak pulak.


Ketika berebut kipas tu la bateri tu yang menyinggah kat mata kanan adam... apa lagi meraung lah adam dalam kereta ..  Mama yang gelabah pe lagi gi mintak Ais kat McDonald's yang terletak bersebelahan dengan petronas TPM untuk tekap kat bahagian yang bengkak dan lebam tu...Sian anak mama mata dah lebam.... lama jugak dia nangis sepanjang perjalanan ke Salak tinggi tu. Agaknyer sakit sangat la tu .... adam menangis sampai tertido kat riba mamanya.
Syukur tak kena mata. sebelum tertidur dia sempat mengadu... " mama.... tet, along buat"...  kesian dia beberapa hari kalau berjumpa kengkawan mama dan abah, sempat dia menunjukkan matanya yang sakit....

Nukilan : Mama sue.

3 ulasan:

  1. alahai cian Adam...beli aiskrim setel la tu bro hehe

    BalasPadam
  2. Berebut dlm keta ok lg..ms anak sy sebaya Adam , dia berebut baby chair dlm restoran lg..huhu..semua pelanggan jd saksi bila adik dlm baby chair tertonggeng

    BalasPadam