Isnin, 19 September 2011

Pusat Pelupusan Sisa Buangan

Tahukan anda ke mana sisa buangan dilupuskan?
Apa yang hanya kita ketahui ialah sisa buangan diangkut oleh lori sampah jika di perumahan tetapi jika di dalam sektor industri atau perkilangan sisa buangannya tidak boleh dilupuskan sesuka hati dan perlu dibuat mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar ( JAS ). Jabatan Alam Sekitar adalah satu badan yang di pertanggungjawabkan untuk memantau aktiviti pelupusan sisa buangan tersebut. Manakala Kualiti Alam Sdn Bhd merupakan syarikat yang di pertanggungjawabkan untuk melupuskan sisa buangan tersebut. Ada banyak lagi syarikat yang menjalankan kerja-kerja pelupusan buangan seperti Kualiti Alam Sdn Bhd. dan mereka melupuskannya mengikut jenis-jenis sisa buangan tersebut.

Apakah dia Sisa Buangan tersebut?
Sisa buangan adalah bahan buangan yang mempunyai fizikal seperti pepejal, cecair dan gas. Ia terbahagi kepada kepada dua iaitu :
1) Sisa Buangan Pejal ( Solid Waste ) - Sisa buangan pepejal adalah terdiri daripada pelbagai komponen bahan buangan yang tidak bertoksid seperti sisa makanan, perlombongan, binatang, pertanian dan sisa buangan industri yang tidak bertoksid.
2) Sisa Buangan Berbahaya ( Hazardous Waste ) - Sisa yang menimbulkan banyak atau potensi ancaman kepada kesihatan awam atau kemusnahan alam sekitar. Ia boleh dikategorikan kepada :
                                        i) Mudah terbakar (takat kilat 60 ˚ c)
                                       ii) Kakisan (larut logam, membakar kulit atau mempunyai pH 2  
                                             atau pH 12,5)
                                       iii) Reaktif (kimia yang pesat atau ganas yang tidak stabil atau   
                                            mengalami  tindak balas dengan air, udara atau bahan-bahan lain)
                                      iv) Toksik (beracun atau boleh menyebabkan kanser, mutasi atau  
                                            kematian)


Sekarang saya ingin membawa anda bersama-sama menjelajah apa yang terdapat di dalam pusat pelupusan yang terdapat di Kualiti Alam Sdn. Bhd. melalui tayangan video dan gambar seperti di bawah ini :

 Mendengar taklimat yang disampaikan oleh penyelia pusat operasi Kualiti Alam.

Video yang menerangkan pengoperasian loji rawat sisa buangan dan cara sisa buangan dilupuskan.
Video yang menerangkan Syarikat Kualiti Alam sebagai menguruskan sisa buangan.

Sijil, anugerah dan pengiktirafan yang diperolehi oleh Kualti Alam Sdn Bhd

 Disinilah sisa pelupusan pejal di rawat.

 Loji rawat sisa pelupusan. Proses ini boleh diikuti di dalam video yang disertakan di atas.

 Loji rawat sisa pelupusan. Proses ini boleh diikuti di dalam video yang disertakan di atas.

 Loji rawat sisa pelupusan. Proses ini boleh diikuti di dalam video yang disertakan di atas.

 Kami dibawa berjalan-jalan di sekitar loji rawat sisa pelupusan namun tidak dibenarkan mendekati di dalam loji yang sedang beriperasi.

Tangga ini disediakan untuk para petugas menyelia loji tersebut dan memeriksa proses merawat sisa pejal berjalan lancar.

 Stor simpanan sisa pepejal yang dihimpunkan sebelum dirawat.

 Stor simpanan sisa pepejal yang berbumbung dimana ada sesetengah sisa buangan terbabit boleh bertindakbalas dengan air hujan apabila terkena.

 Stor simpanan sisa pepejal yang berbumbung dimana ada sesetengah sisa buangan terbabit boleh bertindakbalas dengan air hujan apabila terkena.



 Stor simpanan sisa bungan di kawasan lapang. semua sisa ini menunggu masa untuk dirawat.



Di sinilah sisa buangan yang telah dirawat akan di tanam dan dilupuskan. 



2 ulasan:

  1. rumit gak proces dia ya..bro kerja apa ni? klu x keberatan nk bercerita la

    BalasPadam
  2. kerja aku biasa je.. kerja lab di fakulti kejuruteraan. Semua yg aku paparkan merupakan bidang kerjaya aku jee... sekadar perkongsian ilmu yang boleh dimanfaatkan untuk semua...

    BalasPadam