Isnin, 5 September 2011

Belangkas

Pulang bercuti hari raya pada kali ini aku tidak melepaskan peluang untuk berkunjung ke Pantai Minyak Beku, Batu Pahat, Johor. Dari kecil sampai sekarang aku masih tetap mengunjungi pantai ini kerana ia menyimpan beribu kenangan hidup aku bersamanya. Antara kenangan aku ialah menangkap belangkas di Telok Bakung ( Sekarang namanya Teluk Wawasan ) bersama rakan-rakan. Teluk Bakung dan Minyak Beku merupakan persekitaran muara Sungai Batu Pahat dan di situlah terdapatnya haiwan bernama Belangkas.



Belangkas ialah sejenis haiwan yang hidup semenjak 250 juta tahun dahulu di lautan. Belangkas selalunya ditangkap di tepi-tepi pantai ketika air laut hendak surut. Cara menangkapnya hanya memegang ekor dan menjinjingnya sahaja. Ia banyak terdapat di muara Sungai Batu Pahat seperti gambar di bawah ini.


 Belangkas adalah dari famili Limulidae. Nama saintifik belangkas yang hidup di pinggir pantai ialah tachypleus gigas dan yang ditemui di kawasan paya ialah carcinoscorpius rotundicauda. Sebenarnya belangkas ini banyak jenis-jenis keluarganya dan pelbagai bentuk mengikut habitatnya. Contoh yang terdapat di Pantai Minyak Beku, Batu Pahat adalah seperti yang aku paparkan ini. Belangkas inilah yang aku kenal dari aku kecil sampai aku dewasa.



Kehebatan belangkas pula ialah mana-mana anggotanya yang putus boleh tumbuh semula dan ia juga mempunyai sistem keimunan yang menakjubkan. Haiwan ini merupakan artropod laut yang bentuk badannya seumpana kereta kebal tentera dan juga mempunyai ekor yang panjang dan tajam. Ia boleh mencapai saiz sehingga 51 cm. Darahnya juga berwarna kebiru-biruan. Bahan dalam badan belangkas boleh digunakan untuk mengesan bakteria virus, dan toksin.


Di tepi pantai inilah Belangkas ini di tangkap ketika ia tengah berenang-renang di gigi air tepi pantai Minyak Beku oleh orang kampung di situ. Kemudian dia bertanya kepada saya samada hendak membeli atau tidak dengan harga RM4.00 seekor dan saya menyatakan hanya hendak mengambil gambar belangkas sahaja. Orang yang menangkap itu pun bersembang-sembang di gerai miliknya sambil saya bertanyakan serba sedikit mengenai belangkas ini.


Masyarakat Melayu dulu-dulu banyak menyediakan masakan asam pedas dan sambal tumis belangkas. Ia bukan sesuatu yang mudah kerana belangkas terdapat sejenis toksin yang boleh memberikan ketidakselesaan kepada pemakanya dengan merasa mabuk dan hanya bahagian tertentu sahaja boleh dimakan. Ia juga boleh dimakan dengan hanya memanggang atau membakar sahaja. Daging dan telur belangkas boleh dimakan oleh orang Islam namun ada setengah pendapat tidak boleh dimakan kerana haiwan dua alam. Namun ia sebenarnya mempunyai ketahanan yang lama sedikit di darat namun akan mati juga jika tidak bertemu air masin.


Peribahasa dalam masyarakat Melayu iaitu 'macam belangkas' bermaksud lelaki dan perempuan yang bergerak bersama-sama ke mana-mana sahaja. Kita akan temui belangkas di laut cetek dalam keadaan berdua-dua iaitu seekor jantan dan seekor betina.




6 ulasan:

  1. salam...mai berkunjung balas.
    layan http://bicaraneem.blogspot.com/2010/12/gerai-belangkas-mahkotakota-tinggi.html
    ..baru tau sedapnya belangkas!

    BalasPadam
  2. Wokeii...saya datang ke sanaa... saya tahu bakar je belangkas ni masa dulu-dulu....sedap tu sampai tahap pening-pening... haa3x

    BalasPadam
  3. dengar kata belangkas ni hidop drzaman dinosour lagi...btol ka?

    BalasPadam
  4. DAH WUJUD 250 JUTA TAHUN DAHULU.... KIRA ZAMAN DINASOUR LA TU... ZAMAN DINASOUR PUPUS PULA LEBIH KURANG 65 JUTA TAHUN DAHULU... heee3x... yg pasti aku tak wujud lagi masa tu...setakat dengar2 citer je la...

    BalasPadam
  5. Sape ade belangkas cl @ whatapp saya... devan 0194717486

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada lagi tak sebab nak cari untuk orang mengidam

      Padam