Hari ini saya hendak berkongsi ilmu mengenai cara-cara menservis projektor. Sebelum kita melangkah ke seterusnya saya ingin bercerita serba sedikit mengenai projektor dan jenis-jenisnya. Sebenarnya teknologi projektor telah berkembang maju sehingga teknologi terkini menggunakan teknologi LED Projektor yang mana ia lebih kecil dan mudah untuk dikendalikan. Tidak kenal maka tidak cinta maka saya akan berkongsi serba sedikit mengenai projektor dan jenis projektor yang ingin saya kongsi adalah dari jenis 1) LCD Projektor ( Liquid Cristal Display )
2) DLP projektor ( Digital Light Processing )
3) 3DLP ( 3 Digital Light Processing )
Konsep LCD Projektor :
Konsep DLP Projektor :
Konsep 3DLP Projektor:
DMD bermaksud Digital Micromirror Devices yang membenarkan cahaya tertentu ( merah, hijau,biru ) memantulkan cahaya keluar ke skrin secara digital.
Projektor di dalam makmal saya pula menggunakan jenis LCD projektor berjenama 3M dan sehingga kini masih beroperasi seperti biasa selagi kita menjaga peralatan dengan baik.
Projektor yang digunakan.
Skrin projektor di hadapan makmal.
Penyambungan kabel dari komputer ke projektor. Kita menggunakan dari jenama Altinex iaitu sebagai Distributer Video atau pengasingan pecahan laluan video yang mana video yang terhasil dari CPU boleh di papar di skren komputer dan projektor.
Komputer yang akan menghasilkan video (imej ) kepada projektor.
Secara teorinya bahawa konsep perjalanan sesebuah projektor adalah seperti rajah dibawah yang menggunakan konsep LCD Projektor.
Sekarang saya hendak berkongi teknik membersihkan dan servis projektor melaui rakaman video yang diberikan semasa saya menghadiri kursus projektor yang lepas. Saya rasa Ia lebih mudah untuk memahami secara amali dan praktikal.
Akhir sekali saya ingin berkongsi mengenai sebab musabab yang menyebabkan kekerapan kerosakan yang berlaku pada projektor yang boleh kita jadikan panduan untuk penjagaan dan memanjangkan jangka hayat projektor tersebut seperti di bawah :
Kesan daripada kurangnya penjagaan dan pengawasan projektor akan menyebabkan masalah-masalah ini timbul seperti carta dibawah ini :
Apabila masalah ini timbul maka penambahan kos penyelenggaraan akan berlaku dimana ini akan merugikan kita sebagai pengguna .
Sekian sahaja yang dapat dikongsi bersama semoga dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya.
hebat betol la kawan aku ni ...cm Mat Gaiva versi Melayu..jgn marah ya tuan ...:)
BalasPadamsekadar berkongsi cerita kawan... aku pun suka kongsi cerita keter power hang jugaa!!!...
BalasPadamterima ksih banyak saudaraku atas share ilmu dan pengalamannya.
BalasPadam