Isnin, 26 September 2011

Pameran Kereta di Karnival Usahawan Desa (KUD) Putrajaya

Karnival Usahawan Desa 2011 yang telah dianjurkan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah di Laman 1Malaysia, Presint 2, Putrajaya dari 21 hingga 25 September 2011. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri pada 22 September dengan tema penganjuran pada tahun ini ialah, "PRODUK DESA CITARASA MALAYSIA". Banyak acara yang tersedia sepanjang 5 hari karnival ini berlangsung dan acara yang dinanti oleh kami sekeluarga ialah acara pameran kereta yang berlangsung 2 hari iaitu sabtu dan ahad yang lepas. Kami berkunjung pada malam hari minggu untuk melihat kreativiti peserta menghias kereta masing-masing dengan limpahan cahaya LED dan dentuman audio dan video sistem di kereta masing-masing. Serentak itu juga konsert dari artis berlangsung di sebelah ruang pameran kereta yang kami kunjungi.

1) Kereta Wira sedan yang siap dihias dengan limpahan cahaya LED dan lampu ......




2) Kereta Nissan AD Resort 



3) Kereta Proton Satria


4) Dan banyak lagi kereta-kereta yang dihias menarik menggunakan kreativiti penataan cahaya....






 Seterusnya mari kita layan video untuk melihat dan mendengar serta merasai suasana karnival pertunjukkan kereta ini berlangsung. Makin malam makin ramai pula pengunjung yang datang. Memang hebat la peserta-peserta ini menghias kenderaan masing-masing. Telinga kami pun dah berdengung-dengung sementara Adam pula masih ligat meronda-ronda melihat kereta pameran. 



 Begitulah suasana kemeriahan yang terdapat di malam minggu di tapak karnival KUD Putrajaya yang lepas yang sempat kami rakamkan untuk tatapan semua.

3 ulasan:

  1. mmg sempoi la...kebanyakan dr kereta di atas tu dtg ke Ipoh kelmarin..semua tu rakan2 saya

    BalasPadam
    Balasan
    1. assalamualaikum, macam mne ye kalo nak dapatkan contact no. mereka untuk mengajak mereka datang ke auto fair di tempat kami di seremban?

      Padam
  2. waa! Iye ke... Memang keter diorang hebat-hebat belaka.

    BalasPadam