Nama Minyak Beku diambil bersempena dengan nama sepohon pokok ‘kuing’ (sebutan orang kampung di situ) yang besar . Minyak daripada pokok kuing boleh diekstrak sejak berabad dahulu dan digunakan sebagai minyak untuk memanjangkan jangka hayat kayu rumah, kemasan dinding atau sampan dan lain-lain.
Oleh kerana pokok ini menghasilkan minyak yang boleh digunakan, maka ramai penduduk kampung pun menebuk batang pokok kuing ini untuk mengambil minyak yang terkandung dari dalam pokok tersebut. Pada masa kini, dengan minyak pokok kuing ini sebanyak 2 liter akan bernilai RM6.00 dan estrak minyak ini banyak digunakan untuk teknologi pembuatan bot sehingga kini.
Gambar ini merupakan batang Pokok Kuing yang terdapat di Hutan Simpan Bukit Iban
Suatu hari, penduduk kampung yang hendak mendapatkan minyak daripada pokok tersebut berasa hairan kerana minyak dari pokok tersebut telah membeku. Dengan erti kata lain, penduduk kampung tidak lagi boleh mengambil hasil minyak dari pokok tersebut. Sejak daripada peristiwa itu, nama tempat terletaknya pokok ‘minyak yang beku’ itu dinamakan kampung minyak beku. Dari sini bermulalah pula gelaran kepada pantai minyak beku yang terletak di kawasan kg Minyak Beku.
Pantai Minyak Beku yang diambil tahun lepas.....
Pantai Minyak Beku yang diambil pada 4 september 2011. Keadaanya telah dimajukan dan telah di indahkan landskap dan kemudahan untuk menarik lebih ramai pengunjung ke sana.
Penempatan perkampungan nelayan asli yang berhampiran dengan muara sungai Batu Pahat dan Pantai Minyak Beku.
Pemandangan Muara Sungai Batu Pahat.
Pemandangan Muara Sungai Batu Pahat.
Nelayan yang baru keluar untuk mencari rezeki dari perkampungan nelayan menggunakan bot kecil.
Pemandangan Pantai Minyak Beku ketika air pasang.
Rumah api yang terdapat di Bukit Segenting Minyak Beku untuk kemudahan dan panduan nelayan dan kapal di situ.
Rumah api yang terdapat di Bukit Segenting Minyak Beku untuk kemudahan dan panduan nelayan dan kapal di situ.
Kereta pun redup parking di bawah rimbunan pokok. Kereta inilah yang membawa aku sekeluarga kemana-mana berhari raya. Di belakang gambar menunjukkan gerai penjaja bergerak yang ada terdapat di pantai Minyak Beku mencari rezeki.
Deretan layang-layang yang terdapat di Pantai Minyak Beku di sana. Bersebelahannya pula adalah MPV abang aku yang turut serta ke Pantai Minyak Beku.
Pantai Minyak Beku yang telah dimajukan dan dicantikkan landskapnya untuk menarik lebih ramai pengunjung. Kemudahan awam seperti gerai dan tempat beristirehat seisi keluarga juga telah disediakan. Penjaja yang menjual makanan dan minuman juga turut menjual layang-layang untuk aktiviti riadah di tepi pantai.
Antara gerai-gerai yang terdapat dan kawasan beristirehat seisi keluarga yang telah disediakan untuk pengunjung.
Pantai Minyak Beku yang berbatu batan berhampiran bekas kuari pemecah batu.
Abang aku yang melayang kerenah anak-anak aku bermain layang-layang di tepi pantai pada kunjungan yang lepas. Gambar bukit di belakang sana juga merupakan bekas kuari batu bukit yang telah di tutup operasinya. Ketika itu kawasan ini ditutup kepada orang awam dan semenjak itu kawasan ini mengalami kekurangan pengunjung.
Layang-layang yang boleh terbang tinggi kerana tiupan anginya yang kuat di tepian laut.
Pemandangan Pantai Minyak Beku ketika di waktu senja hendak berlabuh.
Di pantai ini juga terdapatnya penempatan nelayan laut yang menangkap ikan secara kecil-kecilan menggunakan sampan atau bot. Air lautnya yang kehijauan dan ketika matahari hampir terbenam merupakan satu fenomena alam begitu indah untuk saya nikmati ketika berkunjung ke sana. Saya dan juga keluarga di batu pahat juga membawa anak-anak ke sana untuk aktiviti di petang hari dengan bermain layang-layang bersama-sama.
good info..pantai kenangan waktu kecil..byk obor2 masa tu. nama tu yg buat outsider "ngeri" nak mai..
BalasPadamha'ah.. obor2 bermaharajalela... belangkas berenang2... tapi sekarang dah lawa dah..... Dulu zaman 80an kira top la juga tempat ni..
BalasPadamnice info.. balik muar boleh kami singgah sini..
BalasPadamyee...singgah la... sekarang dah cantik dah...
BalasPadamhuhu kat sini la aku amik gambo kt blog aku..ekekek
BalasPadam-rok-
haaa3x..rok... pecah rahsia tempat kau berdating dulu yee..
BalasPadamsaya ingin berbagi dengan siapa pun di sini yang mencari pinjaman untuk bisnis atau pinjaman pribadi untuk menghubungi mr pedro di pedroloanss@gmail.com karena mr pedro dan perusahaan pinjamannya adalah semua yang saya percaya ketika datang ke solusi situasi keuangan jadi saya merekomendasikan ada yang mencari bantuan keuangan untuk menghubungi mr pedro dengan pinjaman 2 tingkat pengembalian tahunan, sekarang? Anda mengerti mengapa saya akan memilih pedro dengan perusahaan pinjamannya 100 keuangan asli.
BalasPadam