Khamis, 15 September 2011

Tragedi 15/09/2011

Salam Semua...

Hari ini kami mulakan hari seawal 5.30 pagi, itupun sebab adam merupakan orang yang terawal bangun... puaslah kami pura2 tidur dia x mengesah tetap buat lawak pepagi buta supaya mama dan abahnya bangun. Puas di cucuk mata kami supaya kami ni bangun, mintak susu lah.... ader jer akalnya. Hari ni kami x tergesa2 sebab budak dua orang tu x pergi sekolah sbb dicutikan sempena UPSR.

Setelah mengemas rumah, basuh kain, sapu sampah dan segala bagai kerja rumah disiapkan, kami pun bersiap untuk settelkan pasal rumah dengan lawyer dan pemaju...Kira2 dalam pukul 9.40 kami pun memulakan perjalanan untuk ke Salak Tinggi..... Hubbyku pun bersiap untuk reversed kereta TIBA-TIBA ada bunyi berdentum kedengaran...... kami sekeluarga tercengang dan bergegas keluar kereta.... alamak kereta kami mengalami kemalangan... sungguh malang... hatiku yang berbunga kembang tetiba sudak kuncup melihat keretaku sudah kemik dan lampu belakang pun sudah pecah....huaaaa amat2 sedih.

Beginilah keter kami lepas eksident. aduhhhh....Berterabur cermin lampu atas jalan.
Kalau ikutkan tempat parking kereta memang orang tu salah kerana dia parking di bahu jalan depan laluan jalan kaki di rumah aparment tu dan hubby ku pula parking di tempat yg disediakan dalam petak. Ketika hubby ku hendak reverse pun kereta tu tak gerak lagi so hubby ku reverse la macam biasa tetapi ketika reverse dia pun meluru keluar dengan laju dari tempat dia parking tu ke jalan utama dalam masa yg sama dan kami la dulu berada di jalan utama. Apa lagi terus berdentum la..... 

yg ni pulak keter yg hubby ku sondol ketika reverse. Tak pasal-pasal eksident depan rumah di kawasan parking kereta. Kalau tgk pada garis yg panjang boleh dibayangkan betapa lajunya dia kuar dari kedudukan parking kereta yang sama2 hendak bergerak. 

Apa yg pasti hubby ku boleh releks je kasi rm250 kat orang tu bila orang tu mintak kerana mendakwa hubbyku yg melanggarnya. Kata hubby ku " biar laa... keter dia kemek teruk tu...sian kat dia." dah hubby ku kata gitu aku pun diam la sedangkan aku fikir sekarang ni sapa yg langgar sapa.? dah le dia parking kat tempat yg tidak dibenarkan. Apa yg pasti orang tu juga kelam kabut dan membawa kereta secara meluru dan laju dikawasan perumahan kerana hendak ambil abangnya di KLIA.

Apa pun rasanya kalau menag jadi arang dan kalah jadi abu.. sama-sama salah kerana tidak berhati-hati...kereta tetap kemek.. benda nak jadi. Selepas tu kami pun pergi la ke Salak Tinggi untuk urusan kami selanjutnya. Dengan rasminya kami pun bayarlah duit 10% pendahuluan rumah kami di Taman Desa Sri Qaseh setelah rumah kami hampir 50% siap walaupun kami dah booking dari bulan 3 lagi. Kami pun berpuas hati dengan perkembangan rumah kami dan bersyukur dengan pemaju serta lawyer yang bertimbang rasa dan memahami kehendak kami.

Ni lah keter kami yg tercacat sudah. sedih kami memikirkan. Sempat jugak kawan hubbyku mengambil gambar dari belakang.

Ni masa gambar ini diambil kami OTW nak gi plaza Low Yat, ada 15-18 Sep 2011 : Plaza Low Yat Crazy Sale nanti kalau berkesempatan kita cerita kat n3 lainyer.....

Sebelah petang pula semasa di Plaza Low Yat tetiba adam demam panas pula... kami pun bergegas pulang untuk ke klinik MMU. Sampai je di klinik nasib baik x der pesakit lain menunggu... sekali cek rupanya suhu badannya panas mencecah 39.7C... kesian dia. Lepas masuk  ubat dalam bontot adam terus tertidur di pangkuan abahnya..... Moga adam cepat sembuh...


Nukilan : mama sue

2 ulasan:

  1. adam demam tgk bapaknyer kuar 250 bg kat owner keter dilanggar tu..hehe..tahniah setel jugak urusan umah ko tu..

    -rok808-

    BalasPadam
  2. sabaq bro..dugaan tu..ataupun dia nk minta dganti dgn mobil baru kot haha

    BalasPadam