Jumaat, 21 Disember 2012

Selangor Agro Fest 2012

Pada 16 hb Dsember yang lepas kami sekeluarga mengiringi adik yang bersanding di " Majlis Perkahwinan Belia Mengikut Adat Resam Melayu ". Ada pasangan seramai 61 pasangan dijamu oleh Menteri besar Selangor. Sambil hantar adik sambil kami pun melilau tengok gerai Agro fest... macam macam ada....

Khamis, 20 Disember 2012

Pantai Remis Kuala Selangor


Cuti sekolah ni kami bawa anak2x pergi pantai remis di Jeram, selangor. Maka... seronok la bebudak tu nak pi pantai... masing2x dengan alatan memasing untuk beriadah di tepi pantai... Bila sampai di pantai rupanya air tengah surut.... Jadi bebudak tu semua main pasir je laaa sambil bersantai2x di tepi pantai.... sambil tu gerai makanan juga menjadi tumpuan kami anak beranak...


Rabu, 19 Disember 2012

Spring Sport APM & Absober Kayaba untuk Avanza

Kali ni nak berkongsi penggunaan spring sport APM untuk kereta avanza. Setelah pakai selama 3 bulan rasanya ok laa... Masalah berayun ketika pemanduan laju dapat dikurangkan... kereta bertambah kestabilan dan kurang melambung di bahagian penumpang belakang. pengambilan selekoh di jalanraya pun lebih menyakinkan. Kenkadang untuk mendapatkan sedikit keselesaan maka pengubahsuaian pun perlu dilakukan.

Spring hadapan APM Performax

Selasa, 18 Disember 2012

Kerepek House Banting

Kerepek House ... Merupakan tempat untuk membeli pelbagai jenis kerepek secara pukal hasil dari perusahaan desa di Kanchong Darat, Banting Selangor. Kami membeli secara pukal untuk majlis perkahwinan.... Kerepek ni sebagai " menu ringan " untuk orang rewang nanti.... Harganya yang berpatutan yang menyebabkan kami ke sana memborong kerepek... 

Rabu, 5 Disember 2012

Kandungan ke 35 Minggu



Esok cukup 35 minggu kandunganku... baby ok 2.4kg sekarang... tapi ada berita yg agak sedih sikit.... Dr cakap uri kat bawa Plasenta Previa stage 1. Segala kemungkinan boleh berlaku, normal atau ceser.