Rabu, 5 Disember 2012

Kandungan ke 35 Minggu



Esok cukup 35 minggu kandunganku... baby ok 2.4kg sekarang... tapi ada berita yg agak sedih sikit.... Dr cakap uri kat bawa Plasenta Previa stage 1. Segala kemungkinan boleh berlaku, normal atau ceser.

Uri adalah organ yang terdapat di dalam rahim wanita hamil dan bertanggungjawab membawa oksigen dan nutrisi daripada ibu kepada bayinya. Kedudukan uri yang normal apabila ia berada di tengah atau di bahagian atas rahim. Ini bermakna ia jauh daripada kawasan bayi sepatutnya keluar dari rahim.

Uri di kedudukan bawah pula berada di kawasan bawah rahim, menutup ruang laluan bayi (pintu rahim) semasa kelahiran. Ini seterusnya akan memberikan komplikasi semasa proses bersalin.

Ia bukanlah sesuatu yang jarang ditemui di awal kehamilan kerana 20 peratus daripada uri berada di bawah pada awalnya, tetapi apabila kandungan berusia melebihi 28 minggu, kebanyakan uri sudah tertarik ke atas oleh rahim yang semakin membesar dan cuma lima peratus yang masih berada pada bahagian bawah rahim. Jika uri ini masih kekal di bawah, keadaan ini dipanggil Placenta Previa (PP).

Sekiranya uri anda masih di bawah selepas kandungan 28 minggu, tidak banyak yang anda boleh buat untuk menaikkannya. ke atas. Rawatan pula bergantung kepada tahap PP tersebut, sama ada ia menutup keseluruhan laluan bayi (pintu rahim) atau separuh sahaja. Tahap keseriusan dibahagikan kepada empat jenis iaitu uri berada di kedudukan bawah tanpa menutup pintu rahim, uri berada di bahagian rahim dan di pintu rahim, uri menutupi sebahagian pintu rahim dan uri menutup keseluruhan pintu rahim.

Sekiranya wanita mengalami PP jenis keempat, terdapat risiko tinggi kelahiran pramatang dan pendarahan. Kadang-kadang pendarahan boleh menjadi terlalu banyak sehingga membahayakan nyawa. Doktor selalunya memantau simptom pesakit dengan memasukkan mereka ke wad pada usia kandungan 32 minggu sekiranya terdapat risiko pendarahan yang tinggi. Sekiranya anda mengalami pendarahan tidak normal dari faraj, cepat-cepatlah berjumpa dengan doktor untuk memastikan yang anda tidak mengalami PP.

Cari dalam internet dapatlah petua iaitu senaman menaikkan uri.

CARA : Baring atas katil dengan kaki diangkat ke atas, jika tidak mampu mengangkat kaki, cuba sandarkan ke dinding. Maksudnya kita baring dalam bentuk ‘L’ iaitu kaki disandarkan ke dinding agar tidak jatuh. Baring dalam keadaan begini selama mana yang mampu lakukan. Paling penting, jangan memaksa diri sendiri. Kebiasaannya, bagi ibu yang sudah hamil ‘tua’ (trimester ke-tiga), memang agak kurang selesa untuk kita berbaring dalam keadaan begini.

Teknik pernafasan : Tarik nafas perlahan-perlahan, sedalam yang mungkin mengikut kemampuan (waktu tarik nafas, pastikan kaki diangkat atas dan disandarkan ke dinding). Dengan menggunakan satu nafas, cuba tahan nafas anda selama yang mampu. “kalau mampu tahan 15 saat dah cukup bagus.”….

Cara menarik nafas juga penting, iatu dengan menggunakan perut dan bukan hidung. Maksudnya, bila kita menarik nafas menggunakan perut (of course ler sedut udara ikut hidung juga), kita rasa perut kita naik ke atas sedikit. Lepaskan nafas secara perlahan-lahan, dalam jangakamasa yang sama (lebih kurang sama ketika menahan nafas). Buat senaman dalam 10~15 kali untuk satu sesi senaman.

Ulang senaman selepas bangun pagi, sebelum menunaikan solat subuh atau sebelum matahari terbit.

Selain daripada senaman, cuba berinteraksi dengan bayi dalam kandungan. Pujuk bayi agak pusing ke bawah dan uri biasanya akan naik ke atas mengikut pergerakan bayi. Sujud yang agak lama juga dapat membantu menaikkan uri, kerana kedudukan sujud itu sendiri dapat memperbaiki kedudukan rahim ke tempat asal, insya Allah.

15 ulasan:

  1. assalamualaikum kazman sue...semoga selamat semuanya yer...:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sue, saya doakan semuanya akan dilindungi Allah. Saya baru je dpt tahu minggu lepas kedudukan uri saya di depan. Masa doktor ckp tu saya tak tau ke mende. Tak faham pun. So, bil baca ni baru faham. Ada org lain2 kedudukan uri.

      Padam
  2. salam kak sue... mak QUeen pun ada bgtau sujud lama insyaAllah dapat perbetulkan uri tu.. so ambil la peluang bersujud lama tuk berdoa kan kak.. semoga Allah permudahkan segalanya utk akak.

    BalasPadam
  3. tak lama lglah kan..semoga di permudahkan..akhir2 NI baca doa Nabi Yunus ketika di dlm perut ikan nun ada dlm n3 saya.

    BalasPadam
  4. semoga ade mase utk uri tu naik ke atas...in-allah...:)

    BalasPadam
  5. semoga dipermudahkan segala urusan k.sue.. amin.. tc ye kak.. :)

    BalasPadam
  6. semoga semuanya dipermudahkan dengan izin Nya...

    BalasPadam
  7. harap2 semua nya selamat nanti InsyaAllah

    BalasPadam
  8. Lama sudah umi tak kemari ....umi doakan agar sis dapat melahirkan baby dengan normal nanti ..harap uri sis dapat naik ke atas atau ke tempat yang normal semula ..amin2

    BalasPadam
  9. sekejap je masa berlalu.. semoga segala urusan k.sue dipermudahkan Allah.. amin..

    BalasPadam
  10. Kazman/Sue..Ummi doakan semoga semuanya selamat, moga Allah permudahkan.

    BalasPadam
  11. assalamualaikum kazman sue...mudah2an dipermudahkan segala2nya yer...amin...:)

    BalasPadam