Rabu, 19 Disember 2012

Spring Sport APM & Absober Kayaba untuk Avanza

Kali ni nak berkongsi penggunaan spring sport APM untuk kereta avanza. Setelah pakai selama 3 bulan rasanya ok laa... Masalah berayun ketika pemanduan laju dapat dikurangkan... kereta bertambah kestabilan dan kurang melambung di bahagian penumpang belakang. pengambilan selekoh di jalanraya pun lebih menyakinkan. Kenkadang untuk mendapatkan sedikit keselesaan maka pengubahsuaian pun perlu dilakukan.

Spring hadapan APM Performax


Sebenarnya semua barangan ini adalah untuk penggunaan standard untuk keluarga kami yang masih kecil dan tidak membawa muatan atau penumpang yang ramai jadi penggunaan spring sport APM Performax ini sebagai satu pilihan.
Spring belakang APM Performax

Kerja-kerja pemasangan
Selepas pemasangan, ketinggian kenderaan ini menurun sebanyak 3cm dan seterusnya setelah penggunaan selama 3 bulan ia telah menurun 1cm lagi menjadikan keseluruhan penurunan ketinggian kenderaan ini dari pusat graviti sebanyak 4cm. Ini sudah tentulah menambahkan lagi kestabilan kenderaan ketika di jalan raya.

Setelah siap pemasangan spring APM Performax

Absober KYB untuk bahagian belakang
Akhir kata... sedikit modal untuk menambah sedikit keselesaan kami sekeluarga.. kos satu set spring APM Performax adalah RM250 dan Absober KYB adalah RM450... upah pemasangan pula hanya RM80 sahaja. Begitulah serba sedikit perubahan kepada kereta Toyota Avanza ini untuk kami sekeluarga...


21 ulasan:

  1. salam ziarah...jemput mai kenduri di Kedah dgn Avanza ni.

    BalasPadam
  2. Info bagus ni Kazman/Sue..
    Rush ummi tu agak melambung sikit kat seat belakang sekali.

    BalasPadam
    Balasan
    1. itu tandanya absober sudah tidak berapa baik... absober belakang tu biasanya pakai 2-3 tahun dah tak best dah... kena tukar... tapi kan kalau sikit2x je melambungnya abaikan aje... kalau dah berayun tu baru tukar...

      Padam
  3. trm kasih atas info yang diberikan bang ..baru umi tahu kegunaan spring tu (^_^)

    BalasPadam
  4. kancil boleh tak..bg lambung sikit..

    BalasPadam
  5. Kakak sekadar baca dah cuba memahami juga Kaz/Sue tapi sebenarnya kakak bukan tahu hal kereta. Yg kakak tahu isi petrol aje.

    BalasPadam
  6. bagus juga kalau di tukar..kalo tak mmng rasa mcm pening sket

    BalasPadam
  7. Salam kaz/sue
    Lama tak singgah sini...
    ermm saya pasal kereta, tau bawa dengan isi minyak je.. hat lelain, pas kt hasben.. hehehe..

    BalasPadam
  8. Tahun depan dah jadi 6 lah satu kereta, tahniah!

    BalasPadam
  9. aku rasa x lama lagi Avanva ni masuk autoshow dahhhh

    BalasPadam
  10. Salam.. nak tumpang duduk belakang boleh?..

    BalasPadam
  11. x silap fang sheng pon ada rega +- RM170

    BalasPadam
  12. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  13. SALAM..MNE NAK DAPAT APM SPORT SPRING AVANZA DAN BERAPE HARGA UTK SATU SET BLAKANG SAHAJA??

    BalasPadam
  14. SALAM..MNE NAK DAPAT APM SPORT SPRING AVANZA DAN BERAPE HARGA UTK SATU SET BLAKANG SAHAJA??

    BalasPadam
  15. Salam saya ada kete avanza so nak tau mcm mana nak pasang spring yang awak cite maksud saya ada 2 spring nak pasang kedua2nya skali ke

    BalasPadam
  16. pasang yang baru la kak oii..yg lama amibik keluar

    BalasPadam
  17. assalammualaikum...
    kepada panas suam...saya ada baca di facebook
    ada orang nak jual sport spring APM tu RM100

    https://www.facebook.com/photo.php?fbid=750114728378078&set=o.1447968012144906&type

    BalasPadam
  18. Hi. I also wanted to change my Avanza to the APM spring. May I know how did it give any problem until you sold your Avanza? Do you need to cut the fender? Thx :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. sya pun nak tahu juga..sebab sya fkir nak tukar aspring apm ni juga...

      Padam

Gadget

Kandungan ini tidak tersedia melalui sambungan tersulit.