Sistem pengaliran udara di dalam sesebuah rumah amat penting untuk mengawal suhu kepanasan di siang hari mahu pun di malam hari. Kepentingan mempunyai saluran pengudaraan yang baik di dalam rumah memang dituntut kerana ia menjaga kesihatan kita ketika di dalam rumah. Dalam rumah kita akan ada pelbagai jenis bakteria yang akan hidup bersama kita jika sistem pengudaraan kita tidak sempurna seperti gambarajah di bawah ini :
Jumaat, 30 September 2011
Khamis, 29 September 2011
Perhubungan antara Komputer Tanpa Wayar - Infrared Modem
Pengenalan
Kali ini saya ingin berkongsi mengenai sedikit ilmu untuk mereka bentuk dan membina semi-dupleks mudah wayarles Infrared Modem . Modem akan disambungkan ke port bersiri komputer. pada kali ini penjelasan skematik dan asas litar akan diberi dan kita perlu untuk membina modul modem inframerah yang bekerja berdasarkan reka bentuk tertentu. Dua unit akan dibuat kerana kita perlu sepasang modem untuk melaksanakan komunikasi iaitu pemancar dan penerima signal data.
Rajah di bawah merupakan litar Infrared Modem yang asas untuk sistem perhubungan data antara komputer tanpa menggunakan wayar atau kabel. Litar tersebut mempunyai dwi fungsi iaitu pemancar signal dan penerima signal data. Ini bertujuan untuk kita mereka cipta sistem perhubungan dua hala.
Rabu, 28 September 2011
Peperiksaan Akhir Semester
Selamat maju jaya semua.... Semoga semua pelajar tiada yang repeat paper semester depan.... Sebenarnya... jaga periksa ni la yang paling aku boring nak kerja.... malas betul nak jaga tapi dah tugas kena buat la juga... Kalau mengantuk aku meronda segarkan mata... kalau boring main handphone game... kalau haus terusss ngetehhh.... kalau jumpa student tiru aku buat tak nampak jee... siannnn.... kalau tangkap nanti gantung satu semester... haaa3x... kenkadang semua tu mengimbau kenangan zaman aku duduki peperiksaan dulu... macam-macam hal nak lulus....
Selasa, 27 September 2011
Aktivit Sambil tunggu Kereta & Dapat lampu Baru
Dah lama kereta kami tidak mendapat belaian kasih sayang... menjak kejadian eksidan tempoh hari..Kereta kami tersenggut2, maka kenalah tuning lagi... Ingat nk pi cari lampu baru tapi lain jadinya. Maka masuk bengkel lah jawabnya.Kebetulan pulak syafiq dan Iqa x sekolah petang minggu ni sebab dicutikan bersempena murid2 tahun 6 ada periksa belah petangnya. Adam pun kami ambil sekali dari pada rumah pengasuh... kesian dia kalau ditinggalkan.Sungguh haru bila bawak budak2 3 orang nih... ader ker patut bengkel kedai service NGV jadi gelanggang main basikal. Nasib baik kedai ni lapang...
Papan tanda keselamatan di Kedai Servis NGV di Puchong.
Isnin, 26 September 2011
Pameran Kereta di Karnival Usahawan Desa (KUD) Putrajaya
Karnival Usahawan Desa 2011 yang telah dianjurkan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah di Laman 1Malaysia, Presint 2, Putrajaya dari 21 hingga 25 September 2011. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri pada 22 September dengan tema penganjuran pada tahun ini ialah, "PRODUK DESA CITARASA MALAYSIA". Banyak acara yang tersedia sepanjang 5 hari karnival ini berlangsung dan acara yang dinanti oleh kami sekeluarga ialah acara pameran kereta yang berlangsung 2 hari iaitu sabtu dan ahad yang lepas. Kami berkunjung pada malam hari minggu untuk melihat kreativiti peserta menghias kereta masing-masing dengan limpahan cahaya LED dan dentuman audio dan video sistem di kereta masing-masing. Serentak itu juga konsert dari artis berlangsung di sebelah ruang pameran kereta yang kami kunjungi.
1) Kereta Wira sedan yang siap dihias dengan limpahan cahaya LED dan lampu ......
Langgan:
Catatan (Atom)




