Sabtu, 5 November 2011

Lampu raya version baru....

Assalammualaikum....
Syukur alhamdulillah sampai juga di bumi Batu Pahat , sebab turn kali ni di sini.... Sepanjang 10 tahun kami tidak pernah mengingkari giliran jadual balik kampung..... sebab kalau I langgar perjanjian nanti U pulak nak langgar perjanjian tersebut...so kami sama2 akur dengan giliran yang telah ditetapkan. Di kesempatan ini kami sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha. Jangan makan daging banyak sangat, jaga kesihatan. Berhati2 di Hari Raya  di jalan raya. Ingatlah orang yang tersayang.....Kami nak berkongsi pengalaman Raya kami ketika ini di waktu senja di rumah bonda kami di Batu Pahat... Panorama senja kami rakamkan sebagai tatapan kenangan sambutan menjelang malam raya....

Lampu raya yang menyinari rumah bonda kami....

Jumaat, 4 November 2011

Pam Minyak Waja

Selamat pulang ke kampung semua..........Kali ini aku nak berkongsi pengalaman mengenai ragam kerosakan pam minyak waja. Jika alat ini rosak...alamatnya berkemah di tepi jalan la jadinya... Maka aku ingin berkongsi pengalaman untuk mereka yang memerlukan sedikit ilmu ketika menghadapi kecemasan ini. gambar di bawah ini merupakan pum minyak waja yang selalu dikatakan rosak oleh sesetengah pihak. Sebenarnya tidak semua perkara jika enjin tidak boleh start disebabkan oleh kerosakan pam minyak ini. Memang benar pam minyak ini mudah rosak jika penjagaannya kurang memuaskan.


Khamis, 3 November 2011

Ragam Proton Waja

Menjelang Raya korban yang hampir tiba ni maka eloklah kita memeriksa keadaan kenderaan kita sebelum memulakan perjalanan yang jauh... Paling wajib servis enjin.....Jadi aku sekadar nak berkongsi dengan pembaca mengenai masalah-masalah kereta proton waja aku ni.....Waja aku ni waja tahun 2002, so boleh boleh kira dah 9 tahun dah usia kereta ni. Aku beli waja ni secondhand pada tahun 2008, sejak dari beli (mileage 80k++) hingga sekarang ( mileage 235242Km ) kereta waja aku ni selalu juga gagal nak hidupkan enjin disebabkan  bateri, altunator, camshaft sensor dan wiring soket yang semakin reput....namun enjin rosak kat tengah jalan pernah sekali juga disebabkan camshaft sensor rosak... pun aku tukar sendiri tepi jalan.... minyak habis tepi jalan pun pernah....Boleh kira enjin dia memang tiptop lah jugak. Cuma alatan sokongan enjin yang sudah sampai masa untuk diganti satu persatu.....



Rabu, 2 November 2011

Fitness First di IOI Puchong

Inilah ceritanya bila isteri dah bersemangat nak kuruskan badan... heeee3x... tak pee..sebagai suami mestilah kena beri semangat.... Nak dijadikan cerita maka kami pun pergi lah ke Fitness First di IOI Puchong.... Ok gak tempat ni.... Banyak kemudahan yang disediakan samada untuk mereka yang inginkan bersenam atau mereka yang menunggu seperti aku ni....

 Kaunter Pendaftaran di Fitness IOI Puchong.

Selasa, 1 November 2011

Taman Desa Sri Qaseh 30/10/2011 Plaster Dinding Rumah

Pada Ahad lepas kami pun seperti biasa meninjau perkembangan perumahan kami ini. Nampaknya hari minggu pun mereka bekerja seperti biasa untuk menyiapkan taman perumahan ini dan terfikir... agaknya waktu malam je mereka ni berehat setiap hari kerana pada kunjungan yang lepas pun mereka bekerja di hujung minggu. Jadi pada kali ini kami ingin berkongsi mengenai plaster dinding rumah. Rumah kami yang telah siap di plaster di sebelah dalam menambahkan lagi rupabentuk kediaman kami ini.

Inilah lot rumah yang telah di plaster dinding dan tiang di bahagian luar ...