Isnin, 31 Oktober 2011

2nd sesion @ Menara TM

Assalammuaikum..
Hemmm hari yang di tunggu pun tiba, maka harini 28/10/2011 kami akan mengikuti rombongan Cik Kiah ke menara rebung aka Menara TM untuk menghadiri sesi ke2 bagi menyertai pertandingan 14-days-weight-loss-program...

inilah diantara peserta yang akan ke menara TM.... wow teruja tul dah lama kija sini ni tapi 1st time naik bus MMU.

Ahad, 30 Oktober 2011

Khazanah Kapal Karam Di Muzium Negara

Muzium Negara buat pertama kali menganjurkan pameran artifak kapal karam kepada orang ramai mulai 15 Ogos 2011 hingga 1 Januari 2012. Ketua Pengarah Jabatan Muzium, Datuk Ibrahim Ismail berkata, sebanyak 204 artifak daripada 13 kapal karam yang ditemui dipamerkan. “Tujuan pameran ini adalah untuk meningkatkan kesedaran dan ilmu kepada orang ramai mengenai sejarah silam termasuk yang pernah berlaku di perairan Malaysia,”. Menurut Ibrahim lagi, orang ramai dapat melihat sendiri keajaiban artifak menerusi barang-barang yang ditemui di dasar laut. “Selain artifak, barang-barang penghantaran perkahwinan yang kekal dalam bentuknya walaupun berada di dasar laut selama ratusan tahun juga akan dipamerkan,” ujarnya.

Inilah replika kapal karam yang berada di hadapan pintu masuk ke galeri pameran muzium

Sabtu, 29 Oktober 2011

Waspada dengan sihir pelaris!!!

Cara mudahnya nak tahu kedai itu ada pelaris (Khadam jin), baca Ayat Qursi 3kali di luar dari kedai. Sebaiknya semasa dalam kereta. Kemudian buka tingkap dan tiup 7x ke arah kedai. Tak perlulah tiup macam bomoh pooh kiri pooh kanan.he..he.. Tiup perlahan-lahan sampai habis nafas(mcm ustaz Ismail Kamus ajar)

Sekiranya ada pelaris di kedai tersebut, “khadam” tu akan marah dan kita akan rasa seperti satu angin menerpa ke muka kita. Kalau dah macam tu, eloklah kita jangan makan dikedai tersebut.

Khamis, 27 Oktober 2011

Happy Birthday Imran...

Salam Semua...

Asyik Abah aja yang bercerita kat n3 menara kehidupan nih... Kali nih biar mama pulak bercerita, semalam pi sambut birthday kat umah adik kat Setia Alam, sebab nk sambut Birthday Imran yang 3 tahun...

Tengah tiup lilin... jenuh juga nak meniup keliling tu...

Tugu Negara - Mengingati Pahlawan Negara

Tugu Negara merupakan tempat pelancongan yang terdapat bersebelahan bangunan Parlimen di Kuala Lumpur. Pembinaan Tugu Negara di ilhamkan oleh Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj, Perdana Menteri Malaysia pada tahun 1963 sebagai memperingati semua pahlawan yang gugur dalam peperangan mempertahankan kedaulatan negara termasuk mereka yang terdahulu. Kawasan yang di khaskan untuk Tugu Negara meliputi tanah seluas 48,562 meter persegi menghala ke Taman Tasik Perdana. Hujung minggu yang lalu kami habiskan masa bersama keluarga yang datang dari Johor... Kami membawa mereka ke Tugu Negara....

Kecantikan kolam air pancut yang terdapat di Tugu Negara....