Tugu Negara merupakan tempat pelancongan yang terdapat bersebelahan bangunan Parlimen di Kuala Lumpur. Pembinaan Tugu Negara di ilhamkan oleh Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj, Perdana Menteri Malaysia pada tahun 1963 sebagai memperingati semua pahlawan yang gugur dalam peperangan mempertahankan kedaulatan negara termasuk mereka yang terdahulu. Kawasan yang di khaskan untuk Tugu Negara meliputi tanah seluas 48,562 meter persegi menghala ke Taman Tasik Perdana. Hujung minggu yang lalu kami habiskan masa bersama keluarga yang datang dari Johor... Kami membawa mereka ke Tugu Negara....
Kecantikan kolam air pancut yang terdapat di Tugu Negara....
Kompleks tugu ini mengandungi 5 komponen iaitu :
- Tugu Negara
- Kolam Air Pancut
- Astaka
- Tugu Peringatan
- Taman Tambahan
Astaka yang terdapat di Tugu Negara
Tugu ini di bina dengan 7 patung gangsa yang melambangkan kemenangan pasukan tentera menghadapi musuh. rekabentuk tugu ini telah diilhamkan oleh seorang pengukir berbangsa Amerika iaitu Felix De Weldon dan siap sepenuhnya pada awal tahun 1966. Mulai saat itu, Upacara tahunan untuk memperingati pejuang yang gugur telah diadakan di sini.
Tugu Peringatan semasa Perang dunia pertama
Sebelum ini sebuah Tugu telah didirikan berhampiran dengan stesen keretapi selepas perang dunia pertama berakhir bagi memperingati para pejuang yang gugur semasa peperangan tersebut. Perbarisan ringkas akan diadakan di sisi tugu peringatan ini pada setiap 11 November. Setelah perang dunia kedua tamat pula, nama-nama pejuang yang terkorban telah di tambah pada tugu peringatan tersebut sehingga digantikan dengan tugu negara yang ada sekarang ini.
Tugu Negara selepas perang dunia kedua
Tugu yang baru pula telah disempurnakan pada tahun 1966 iaitu pada 8 Februari 1966 dengan bersamaan 17 Syawal 1385 hijrah. Ia telah dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Tuanku Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin. Tugu negara ini telah di rancang dan dikelolakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Kementerian Kerjaraya, Pos Dan Telekom pada masa itu.
Tangga yang merupakan laluan menuju ke taman
Antara replika yang terdapat di taman Tugu Negara....
Antara kedai-kedai yang terdapat di Tugu Negara.
Keluarga yang bersantai menghilangkan kehausan panas terik di tengahari.....
Adam yang tak petah berdiam diri dari awal kunjungan sampailah kami pulang....
Bestnya kalau dapat pergi cni ...hrmmm kita seharusnya menghargai mereka yang mempertahankan tanah air nie ..hrmm
BalasPadamsekadar mengenang sejarah....
BalasPadampernah pergi sekali je...
BalasPadamwan habibah....lepas baca blog ni kira macam dah pergi dah lah yee... macam tu keadaannya tugu negara dalam gambar...haaaa3x
BalasPadamx penah sampai lg.. best gak kalau bwk anak2 pegi tugu negara ni..
BalasPadamHa'ah... anak2 kami suka jenjalan jee... memana pergi pun dia suka...
BalasPadamdulu2 jadi tmpt tuju rombongan sekolah..
BalasPadamla ni, tmpt dituju..KLCC