Rabu, 26 Oktober 2011

Cashout Rejected by Nuffnang

Hari ini aku nak berkongsi pengalaman mengenai bayaran nuffnang pertama aku yang kena tolak. Nak buat macam mana pun!! benda dah nak jadi... Seperti biasa setiap hari aku akan buka email untuk melihat kerja-kerja yang akan kena buat di tempat kerja ini. Bila tetiba mata aku tertumpu melihat satu email dari nuffnang yang menyatakan claim aku punya iklan kena reject.... Aku baru baca tajuk email je hati aku dah berdebar kenapa pulak la claim aku kena reject ni....Dan seterusnya aku gagahkan hati untuk membaca isi kandungan email tersebut sampai habis.... Aku rasa format email ni sama je kepada blogger-blogger yang lain jika dapat email reject dari nuffnang ni.....




Bila aku baca isi kandungnya maka pihak nuffnang ada menyatakan bahawa aku ada melakukan 2 kesalahan iaitu :

1) clicking on your own CPC ads repeatedly
2) getting your visitors to click your CPC ads repeatedly. Do note that ads are only supposed to be clicked on  if the visitor is interested to find out more about it.

Kesalahan pertama : 
Dia mengatakan aku klik banyak kali dekat aku punya iklan sendiri. ( dia boleh detect melaui IP pc kita )
Patutnya bagi la keluarkan email ke apa ke sebagai peringatan!... ...rupanya potong elaun habissss....haaaa3xx... padan muka aku...!!!!

Kesalahan kedua : 
Dia mengatakan pada aku yang aku ni mendapatkan pelawat untuk klik iklan aku berulang kali... Tak kan aku menulis atas iklan nuffnang tu " Jom klik penaja kami.!! " pun salah.... Ayooo... rupanya memang tak boleh rupanya.....mana lah aku tahu semua tu... Kalau korang perasan semua tulisan tu dah tak de dalam blog aku ni... semua aku dah padam...Apa-apa jua jenis dan maksud ayat untuk menyuruh pelawat mengklik iklan aku.... Lepas ni aku nak tulis " JANGAN KLIK BANYAK KALI NANTI AKU TAK LEH CLAIM DUIT NUFFNANG" haaa3x.... Tapi aku dapat idea jahat la pulak dari sini.... kalau aku nak dengki kat blog orang tu aku klik banyak-banyak dalam sehari kat blog orang tu... haaaa3x sure dia pun akan kena reject macam aku....contoh yang berlaku cuba nkorang baca dalam blog di bawah ini... kesian wooo!! :

1) http://duniabelogfarysa.blogspot.com/2011/09/cashout-rejected-by-nuffnang-nak-marah.html#comment-form

2) http://rajacopypaste.blogspot.com/2011/02/nuffnang-cashout-rejected-due-to-click.html

Nasib baik duit dalam nuffnang tu cukup haul untuk dikeluarkan aku terus claim kat nufnang... kalau dah beratus - ratus mahu ralat jugak rasanyaaa... Dulu kawan aku ada pesan..." Sebenarnya susah nak claim duit dari nuffnang ni... dia pasti akan cari kesalahan blog kita..." maka aku pun tak de niat nak simpan duit tu banyak-banyak dalam akaun nuffnang.... cukup haul terus claim...dan juga terus rejecttttt!!!... aduhhh....
Tapi tak pe...semua tu sebagai ilmu yang aku perolehi dari dunia blog ini.... Kalau tak ceburi aku tak tahu...

Itulah dua kesalahan yang diterangkan pada aku melalui email dari nuffnang.... aku malas nak reply apa-apa sebab dah tahu akan gagal juga nanti...Apa-apa pun aku pasrah je laa... belum rezeki aku lagi... heee3x.... Namun aku nak ucapkan juga kepada rakan-rakan sekerja warga MMU.... Blogger-blogger yang di luar sana.... bakal-bakal jiran di Taman Desa Sri Qaseh .... dan juga rakan-rakan Facebook yang tidak putus-putus memberikan sokongan kepada blog aku yang tak seberapa hensem ini.....Tanpa nkorang tak cecah 26K viewer dalam masa 4 bulan ... Kalau beratur la viewer aku tu mahu baper kilometer jauhnya tu....Walaupun tak dapat apa-apa namun aku tetap sukee dengan nkorang semua... kita bekerja sebagai satu TEAM mesti bersemangat kerjasama tinggi...

Alaa!!!... nama pun berblog suka-suka...haaa3x....malas nak pikir sangat...



12 ulasan:

  1. Hrmm umi pun sependapat dengan abang .. tak pe la kalau tak dapat ambik duit tu .. sebabnya ..diorang nuffnang ni selalu jer dolak dalih ..

    kadang2 ada 1 part yang umi tak suka bila ..ada kawan2 pi tau die klik kat iklan kite .. nanti nuffnang ckp kite tipu pulak huhu. Tapi apa leh buat huhu


    Nice info bang ..harap kejadian mcm ni tak berlaku lagi kat abang and sis ..amin

    BalasPadam
  2. gitu la ceritanya... heeee3x... nak buat cam manaa!!!

    BalasPadam
  3. x der rezeki nk wat camnerkan.. x pe la atleast leh jadikan pengalaman..

    *sy pun baru tau gak pasal info nih.. tq 4 sharing..

    BalasPadam
  4. sabarla...blum ada rezeki lagi tu. bukn senang nk dpt duit free ni, erm mcm mana kita nak tau org tgk blog kita sampai 26K tu...?

    BalasPadam
  5. oo..hehehe..camtu ke?baru macik tahu..hihi.btw nice info.thanks sharing :)

    BalasPadam
  6. datang klik kejap.. tak sngka nuffnang macam tu yer.. kede jugak duitnya hehe

    BalasPadam
  7. Terima kasih kerna sudi kongsi pengalaman. Boleh dijadikan panduan bg mereka yg masih baru dgn NN.

    BalasPadam
  8. uwaa, nuffnang ni.. Baru je berangan nak beli mcm2 dgn duit tu.

    sha my heart

    BalasPadam
  9. jejalan lak yer
    http://bit.ly/S3qYni

    BalasPadam