Taman Tasik Titiwangsa ini meliputi kawasan lebih kurang 110 ekar dan kerja-kerja membinanya telah bermula pada tahun 1975 dan akan dilengkapkan dengan berbagai kemudahan sukan seperti kolam renang, gelanggang tenis, rumah kelab, padang permainan dan lain-lain. Pengisytiharan ini dibuat sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan yang ke-6, yang di sambut dengan penuh meriah oleh lebih 40 ribu orang dalam suasana warna warni. Pelbagai acara sukan, kebudayaan dan pameran diadakan sempena sambutan itu sama ada di taman itu sendiri atau pun di tempat-tempat lain di Wilayah Persekutuan.
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Yaakub Latiff yang turut hadir berharap Taman Tasik Titiwangsa menjadi kemegahan Kuala Lumpur dan dapat memenuhi keperluan para penduduk di sekitarnya seperti di Ulu Kelang, Datuk Keramat, Kampung Bharu, Jalan Pekeliling, Jalan Pahang, Sentul, Setapak, Gombak dan Batu Caves. Sementara itu Perdana Menteri berkata dengan nama yang baik akan tercapailah hasrat dan cita-cita kita hendak menjadikan Kuala Lumpur sebuah bandar dalam taman. Dengan adanya Taman Tasik Titiwangsa ini masyarakat Kuala Lumpur tidak lagi akan tertumpu di satu-satu Taman sahaja untuk beristirehat pada hujung minggu dan musim cuti.
Antara gerai yang terdapat di Tasik Titiwangsa.
Di sinilah suatu ketika dahulu terdapatnya Eye On Malaysia iaitu permainan buaian bulatan berputar yang sekarang ini telah berpindah ke Melaka Bandara bersejarah.
Orang ramai dan pengunjung yang berjogging di waktu petang mengelilingi Tasik Titiwangsa. Banyak aktiviti yang disediakan oleh pihak pengurusan untuk pengunjung mengisi masa lapang yang berfaedah di sini.
Unit petugas berkuda yang bertugas pada hari itu sudi untuk bergambar dengan anak dan isteriku sebagai kenangan. Kudanya pula yang tersipu malu untuk bergambar....
Pemandangan di salah satu tasik yang terdapat di Tasik Titiwangsa.
Anak dan Isteriku yang berehat selepas berjalan-jalan.
Air pancut utama yang terdapat di tengah-tengah tasik titiwangsa menambahkan lagi seri di tasik ini.
Selepas penat meronda kita boleh nikmati Cendol atau ABC di parking kereta Tasik Titiwangsa ini. Makanannya pula ialah rojak.... Kami sekeluarga menikmati makanan di sini untuk melepaskan penat berjalan kaki seketika tadi.
klu boleh buat autoshow kt sini pon best gak nie
BalasPadammemang ada... kat sini selalu ada buat program hujung minggu... kawasan parking pun luas utk buat autoshow.... selalu buat autoshow kat sni kalau tak silap..
BalasPadamdah lame dah umi takkesini ..rindu pulak ..dulu umi msh ingat lagi ..time tu umur umi 5 tahun ..best2!
BalasPadammesti banyak perubahan yang berlaku hihi. Nice entri bang :)
jujur cakap, lame dah x dtg sini...
BalasPadamhuhuhu
memang banyak dah berubah dah kalau lama tak pergi...
BalasPadam