Syukur alhamdulillah semuanya masih berjalan lancar hinggalah ke saat ini. Nampak gayanya kalau tiada aral melintang maka kita semua akan dapat kunci rumah seperti yang dijadualkan atau lebih awal lagi. Dengar cerita dari penyelia perumahan pula mereka jangkakan sehingga akhir tahun ini semua rumah akan siap di plaster dinding dan kerja-kerja pemasangan bumbung juga akan selesai. Selepas itu pada tahun hadapan pula kerja-kerja landskap taman akan di bina di sekeliling taman. Begitu juga selepas itu mereka akan pula memasang insfrastruktur kemudahan taman tersebut seperti bekalan elektrik, talipon dan air. Berbalik pada topik perkembangan perumahan pula kami pada kali ini ingin berkongsi mengenai siling yang berada di atas bumbung ini. setelah proses pemasangan bumbung selesai maka proses memasang siling pula dilakukan. Kunjungan kami di petang hari membuahkan hasil. Ikutilah kerja-kerja tersebut seperti gambar-gambar di bawah ini.
Siling yang dipasang di ruang tamu.
Siling yang dipasang di bilik nombor tiga
Siling yang berada di ruangan dapur
Siling yang berada di ruangan hadapan tandas untama.
Siling yang berada di bilik nombor empat iaitu bilik yang paling belakang sekali berhampiran ruang dapur.
Proses membina aras jalan dan tebing di laluan belakang rumah kami.
Ini ialah perangkap sampah untuk air yang keluar daripada sinki basuhan dapur dan juga air dari lantai tandas. Air ini akan terus mengalir ke sistem kumbahan untuk di proses.Di sinilah kita akan membuang segala sampah yang terperangkap dan terlepas pandang dari sinki atau bilik air. Biasa laa... kalau ada anak-anak kecil nanti mahu dia sumbatkan kertas tisu ke... kertas pembalut sabun mandi ker...dan macam-macam lagi la teletah anak-anak kita bila mandi nanti. Jangan dia sumbat berda yang besar atau keras sudah laa... jenuh nanti kita nak mengorek atau bembuang sampah yang terperangkap di dalam saluran paip tu nanti.
Di bawah ini pula merupakan perkembangan keseluruhan Taman Desa Sri Qaseh sehingga ke saat ini yang menunjukkan peningkatan untuk setiap minggu kami melawat dan mengikuti perkembangannya.
ada perancangan nk modify lgi ke rumah ni bro ?
BalasPadaminsyallah ada... tengok poketnya dulu... heee3x
BalasPadamada lgi ker unit umah ni
BalasPadamsemalam jumpa lawyer katanya ada lagi sebab ada yg customer tak lepas loan... tuan tanah pun dapat 10 unit dari pemaju pun baru jual 4 unit... tapi apa2 kena tanya pemaju atau tuan tanah....
BalasPadamok.tqvm...nak pegi tanyer laa besok agak2 lot tepi dlm brape...
BalasPadamAssalamualaikum En Kazman,
BalasPadamSaya juga pemilik rumah di DSQ ni. Baru shj memjumpai blog ini. Saya harap bila rumah dah siap nanti, boleh lah kita berkumpul utk buat 'group buy' utk gril rumah & lain2 reno kerana saya dapati ia lebih menjimatkan, seperti yg saya pernah lakukan utk apartment saya sekrg.
watzap.mhzrk@gmail.com
bagus cadangannya tu... syukur secara tak langsung bertambah lagi jiran maya saya dalam blog ni... Boleh la di pakat-pakat nanti hal ni bila kita semua berjumpa...
BalasPadamsalam kenal.. nice blog.. sy follow yer.. :)
BalasPadamterima kasih kerana sudi follow blog kami...
BalasPadamsalam..saya juga salah seorang pemilik rumaah desa seri qaseh... rumah no 20 ( lupa no lot ). sya sokong tanpa nama....group buy mmg menguntungkan.
BalasPadamnasrulh@sirim.my
saya salah sorang pembeli DSQ, sokong sangat buat "group buy" berbaloi-baloi. terima ksih buat kazman sekeluarga. dengan blog nya secara tak langsung menyatukan pembeli2 DSQ dan bakal jadi penghuni DSQ.
BalasPadam