Sabtu, 15 Oktober 2011

Projek Perumahan PR1MA


PUTRAJAYA: Kerajaan akan menambah lebih banyak projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dalam masa terdekat supaya lebih ramai rakyat, terutama golongan berpendapatan rendah dan sederhana, berpeluang memiliki kediaman berkualiti.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata fasa pertama program PR1MA di Putrajaya mendapat sambutan hangat dan luar biasa sehingga menerima lebih 7,000 permohonan dan memperoleh langganan lebih 13 kali.

“Memandangkan peluang mendapatkan rumah ini (bagi fasa pertama) kurang daripada 10 peratus, kerajaan akan menambah lebih banyak projek seperti ini dalam masa terdekat.

“Bagi yang tidak berjaya hari ini (semalam), jangan berputus asa kerana kita akan membuat program tambahan tidak lama lagi. Insya-Allah... masih ada peluang mendapat rumah diidamkan,” katanya ketika berucap pada majlis pengundian terbuka pertama program PR1MA untuk rumah mampu milik di Presint 11, di sini, semalam.

Sumber dari Harian Metro Ahad 16/10/2011

Tetiba aku terasa ingin mengulas sedikit mengenai isu ini kerana harga dan size rumah PR1MA ini. Bukan apa, cuma sekadar ingin berkongsi mengenai keluasan rumah apartment dari 800 - 1000 kaki persegi dengan harga jualan RM120ribu sehingga RM150ribu. Dari fakta tersebut menimbulkan beberapa soalan

1) Ramai ke yang mampu memiliki rumah sebegini jika anda bukan staff gomen ( kerajaan) ?
 Yang pastinya untuk membuat pembiayaan rumah memerlukan 10% wang muka pendahuluan. Di tambah lagi dengan kos-kos yang lain untuk membeli rumah melalui pinjaman Bank. Sekarang ini pun pihak bank sudah mengetatkan syarat kelulusan pinjaman perumahan dengan pelbagai syarat yang sangat melemaskan kita untuk melepasi pinjaman perumahan. Syarat utama pihak bank ialah nilai bayaran bulanan pinjaman perumahan yg kita hendak beli + segala hutang mestilah tidak melebihi dari 50% pendapatan bulanan. Baru bayar kereta dengan rumah sewa + kos sara hidup dah kering poket bila hujung bulan. Ini akan menyebabkan semakin ramai  yang mampu menyewa sahaja.

2) Berbaloi ke dengan keluasan rumah berbanding dengan jumlah nilai yang perlu kita bayar ?
Memang betul hartanah di Putrajaya sudah meningkat tinggi tetapi atas nama projek kebajikan untuk rakyat kenapa mesti diletakkan harga yang menyamai dengan nilai hartanah semasa. Kata hendak tolong orang yang berpendapatan sederhana dan rendah. Nampaknya hartanah di Malaysia semakin naik mengila di kawasan Lembah Klang dan Selangor tanpa ada sekatan atau pemantauan dari pihak yang bertanggungjawab.

Walau bagaimana pun rakan-rakan aku ada juga yang pergi mencabut undi pada hari ini dan semoga mereka berjaya memiliki atau terpilih untuk mendapatkan unit rumah fasa pertama ini. Mereka tiada pilihan untuk mendapatkan rumah yang berhampiran dengan tenpat kerja walaupun mereka sedar bakal berhadapan dengan pelbagai syarat dengan pihak bank mengenai kemampuan kewangan mereka. Kalau kadar sewa di presint 9 pun sudah naik beribu sebulan, mereka sanggup bayar rumah RM600 ( anggaran bulanan untuk Pinjaman RM150 ribu ) kerana itulah yang terbaik untuk mereka.

Semoga rakan-rakan ku berjaya... amin....

4 ulasan:

  1. kazman@tuan punya rumah kos rendah 25k pun punya 2 kereta, kekadang kereta mewah yg 4,5 kali ganda dr harga rumah..betul ke mereka layak? camna tu?

    BalasPadam
  2. Entri ni membuka minda umi tentang siapa yang layak memiliki ini ..hrmmmm

    BalasPadam
  3. Itulah yang saya fikirkan untuk kenkawan saya yang baru hendak membeli rumah... rata-rata yang kerja swasta ni gajinya rendah... kesian juga untuk di kenangkan... semoga Allah melimpahkan kurnia rezeki kepada mereka. Cuma cara pemilihan untuk mendapatkan rumah tu macam kurang berkenan sedikit melaui cabutan undi... betul ker mereka yang berdaftar secara online tu benar2 layak!!!!

    BalasPadam