Ahad, 23 Oktober 2011

Memyekat Komputer ke Web 18SX @ merapu !!

Selamat berhujung minggu....Hari ini adakah kita memantau aktiviti anak-anak kita bila mereka melayari internet ke web-web yang berfaedah?... tentulah kita tidak duduk sebelah dia sepanjang masa bukan?.... Selain dengan didikan agama kita boleh juga menyekat laman sesawang atau web yang tidak berfaedah daripada dikunjungi oleh anak-anak kita. Kaedah ini memang sesuai untuk di amalkan oleh ibubapa yang mempunya komputer di rumah yang mempunyai anak-anak yang sedang meningkat remaja... Begitu juga dengan sistem perisian komputer kita terlindung dari serangan virus kerana laman web sebegini selalunya tempat virus melepak juga... kalau diupload gambar yang tak senonoh ni maka dengan virus2 sekali ikut di muat turun... pas tu komputer pun pening kena virus macam tuannya jugak...



Menyekat Laman Sesawang Dalam Sistem Pengoperasian Windows XP.

Tetapan 1
Klik : MULA - LARI [taip arahan seperti dibawah]
notepad c:\windows\system32\drivers\etc\hosts
{P/S : tiru & tampal pon boley kalo malas nak tulis...heee3x}


* Satu tetingkap bernama “hosts – notepad”  seperti dibawah akan keluar. 

*Letakkan tetikus ke barisan paling bawah skrip arahan.
*Pastikan anda tidak mengubah Skrip Arahan selain daripada yang dinyatakan dibawah.
*Taipkan Alamat Sesawang yang hendak disekat selepas Alamat Protokol seperti contoh dibawah :-
127.0.0.1       www.facebook.com
127.0.0.1       www.myspace.com
127.0.0.1       www.twitter.com
127.0.0.1       www.meebo.com
127.0.0.1       messenger.yahoo.com
127.0.0.1      tambah alamat sesawang disini

*Anda boleh menambah seberapa banyak Laman Sesawang yang hendak disekat.
*Setelah selesai, pastikan anda “simpan”  kerja-kerja yang telah dilakukan.




Tetapan 2
Buka ‘pelayan internet’, contohnya ‘Internet Explorer’, kemudian klik ‘Tools – Internet Option’. Tetingkap seperti dibawah akan keluar. Kemudian klik butang ‘Security’ serta icon ‘Restricted Sites’


Klik butang ‘Sites’ & tetingkap seperti dibawah akan keluar.


Taipkan alamat sesawang yang dikehendaki ke dalam kotak seperti dalam rajah diatas & klik butang ‘Add’
*Setelah selesai, pastikan anda “simpan”  kerja-kerja yang telah dilakukan.




Tetapan 3
Buka ‘pelayan internet’, contohnya ‘Internet Explorer’, kemudian klik ‘Tools – Internet Option’. Tetingkap seperti dibawah akan keluar. Kemudian klik butang ‘Security’ serta icon ‘Restricted Sites’


Klik butang ‘Sites’ & tetingkap seperti dibawah akan keluar.


Taipkan alamat sesawang yang dikehendaki ke dalam kotak seperti dalam rajah diatas & klik butang ‘Add’
*Setelah selesai, pastikan anda “simpan”  kerja-kerja yang telah dilakukan.


Tetapan 4
Buka ‘pelayan internet’, contohnya ‘Internet Explorer’, kemudian klik ‘Tools – Internet Option’. Tetingkap seperti dibawah akan keluar. Kemudian klik butang ‘Privacy’.


Klik butang ‘Sites’ .

Taipkan alamat sesawang yang dikehendaki ke dalam kotak dan klik butang ‘Block’
*Setelah selesai, pastikan anda simpan "save" kerja-kerja yang telah dilakukan.

Selepas itu barulah komputer kita juga akan selamat dari virus-virus yang boleh menjahanamkan komputer kita.

6 ulasan:

  1. info yang sangat berguna... so ibu bapa sekalian, jalankan tanggung jawab anda...hehe

    BalasPadam
  2. wahhh umi dah copy ni ..mana tau nanti esok2 nak guna hihi :). Thank u bang kaz & sis sue :)

    BalasPadam
  3. wah...tips yg sgt berguna ni! tq...

    salam kunjungan...anda di tag dalam segmen ni:

    http://sun3tpini.blogspot.com/2011/10/25-things-random-giveaway-by.html

    BalasPadam
  4. TQ semua...sama-samalah kita beramalll...

    BalasPadam
  5. Tq berry bear.... alaa..comelnya nama....

    BalasPadam