Cara mudahnya nak tahu kedai itu ada pelaris (Khadam jin), baca Ayat Qursi 3kali di luar dari kedai. Sebaiknya semasa dalam kereta. Kemudian buka tingkap dan tiup 7x ke arah kedai. Tak perlulah tiup macam bomoh pooh kiri pooh kanan.he..he.. Tiup perlahan-lahan sampai habis nafas(mcm ustaz Ismail Kamus ajar)
Sekiranya ada pelaris di kedai tersebut, “khadam” tu akan marah dan kita akan rasa seperti satu angin menerpa ke muka kita. Kalau dah macam tu, eloklah kita jangan makan dikedai tersebut.
Sekiranya ada pelaris di kedai tersebut, “khadam” tu akan marah dan kita akan rasa seperti satu angin menerpa ke muka kita. Kalau dah macam tu, eloklah kita jangan makan dikedai tersebut.
1) Al-Fatihah.
2) Membaca tiga surah terakhir atau 3 Qul setiap hari.
Ia berdasarkan hadith :
قال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم : إقراء قل هو الله أحد , والمعوذتين , حين تمسي و حين تصبح , ثلاث مرات تكفيك من كل شيء ( رواه أبو داود والترمذي )
Ertinya : Baginda S.A.W telah berkata kepadaku : “Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad” (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu.( At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 ( Nuzhatul Muttaqin, no 1457 , 2/229 ) At-Tirmidzi : Hasan Sohih, An-Nawawi : Sohih.
Begitu juga kita di sarankan untuk mengamalkan ayat di bawah ini dan memohon terus kepada Allah S.W.T kerana Allah lebih mengetahui segala urusan di muka bumi ini.
Dan jangan dilupa bila hendak mulakan makan kita di sarankan membaca doa makan terlebih dahulu dan kita hendaklah disudahi dengan doa selepas makan. Semoga rezeki yang kita makan memberikan manfaat kepada tubuh kita dan memberikan kesihatan yang berpanjangan....
Semoga kita sama-sama dapat beramal.....
klu ada kedai yg ada anak dara cun..tu pon panggil pelaris gak ka ?
BalasPadamnnti kita hantar report..
BalasPadamjumpa byk kedai bwh pokok je..
kebersihan tak terjaga..
tapi....ramainya manusia..
kami panggil gerai 5 bintang
Salam Kazman & Sue,
BalasPadamBagus info ni dapat kita semua kongsi bersama,kalu nak rezeki banyak tu,usaha saja tak payah dok pakai jin jin ni,dan yang penting lagi hendaklah sentiasa mengingati allah yang maha esa,baru lah di murahkan rezeki.
khairul- itu pelaris lain tu... zaman bujang tu memang jadi tarikan dulu masa nak makan ...haaa3x
BalasPadamanim - ha'ah... macam2x gerai yg kita jumpa...5 bintang tak semestinya di hotel jee...
ros- betul tu... sama2x amalkan untuk kesejahteraan keluarga kita...