Khamis, 6 Oktober 2011

Giliran Syafiq

Salam Semua...

Hari ini nak cerita pasal syafiq pulak. Hampir sebulan syafiqah cabut gigi iaitu pada 8/9/2011. He he kini giliran syafiq pulak gigi depannya goyang.... Maka harus kena cabutlah.... x der tempat lainlah yang nak dituju.. klinik kesihatan Putrajaya yang jadi pilihan....

Syafiq nak menenangkan diri dengan cara membaca risalah yang disediakan di klinik..

Syafiqah dah cuak takut giginya dicabut.

Jururawat menenagkan syafiq yang menangis ketakutan.

Hasil gigi yang dicabut. perolehannya hanya sebatang.

Syafiqah ketakutan, nasib dia baik hari ini kerana tiada cabutan  pada kali ini.

Sudah hilang satu pagar....

X cabut gigi pun dapat upah Ice cream

Ice cream baik untuk mengecutkan pendarahan pada luka cabutan

Infomasi yang diperolehi pada Hari ini
Penyakit pergigian yang sering berlaku dikalangan kanak2 dan orang dewasa ialah karies gigi dan penyakit gusi. Kedua2 penyakit ini disebabkan oleh Plak. Plak adalah selaput nipis yang melekat di permukaan gigi. Ia mengandungi berbagai jenis baktiria dan tidak berwarna.

Karies Gigi
Karies gigi terjadi kerana pengambilan gula yang kerap dan pembersihan gigi yang tidak sempurna. Setiap kali makanan atau minuman manis diambil, bakteria di dalam plak gigi akan bertindak balas dengan gula dan menghasilkan asid. Jika dibiarkan, asid ini akan mereputkan gigi dan meyebabkan karies gigi.

Tanda2 karies gigi
Lubang atau kaviti pada permukaan / celah gigi, gigi yang sensetif terhadap suhu panas atau sejuk dan makanan manis. Karies yang telah merebak akan menyebabkan rasa sakit berdenyut. Sekiranya tidak dirawat, boleh mengakibatkan kehilangan gigi.


Penyakit Gusi
Penyakit gusi merupakan jangkitan kepada gusi, tulang alveolar dan lain2 tisu penyokong gigi. Ia disebabkan oleh pengeluaran toksin dari bakteria di dalam plak yang tidak dibersihkan.

Tanda2 penyakit gusi
Gusi bengkak, merah dan mudah berdarah, bau mulut, gigi menjadi longgar/ jarang/ memanjang, rasa sakit dan tidak selesa semasa mengunyah. Sekiranya tidah dirawat, boleh mengakibatkan kehilangan gigi.



Informasi ini dipetik dari Bahagian Kesihatan Pergigian.

Sebenarnya mama dan abah selalu bawak anak2  pergi klinik gigi supaya  satu hari nanti, gigi anak2 mama dan abah nampak cantik.& tersusun... bukan hendak mendera cuma menjaga. 

Nukilan: mama sue.


2 ulasan: