Rabu, 19 Oktober 2011

Pemasangan Papan Utama Komputer

Hari ini saya ingin kongsi teknik pemasangan komponen dan papan utama komputer. sekadar nak kongsi kerja harian di sini.. Apa apa pun mari kita lihat bahagian-bahagian di dalam komputer dan susunannya seperti di bawah :


Papan induk/papan ibu (motherboard)
- papan litar elektronik utama dalam sistem komputer
- pilih papan induk jenis Acer


- sesetengah papan induk mengandungi  bunyi dan video yang diintegrasikan atau lebih dikenali "on board"    
  Pengguna tidak perlu membeli slot bunyi dan slot video secara berasingan jika slot-slot ini telah 
  diintegrasikan ke dalam papan  induk
- Biasanya ada sekurang-kurangnya 
   1) Satu slot AGP (jika kad video tidak diintegrasikan) yang bewarna oren,    
   2) Dua slot PCI yang berwarna putih, dan satu slot PCIE yang berwarna putih  sebelah PCI slot, 
   3) Soket serial Sata yang berwarna kuning untuk Hard disk atau DVDROM,  
   4) Soket IDE yang berwarna biru untuk Hard disk atau DVDROM 
   5) Soket FDD yang berwarna putih sebelah IDE soket untuk Floppy Disk  
   6) Soket yang berwarna kuning untuk USB cable 
   7) Soket yang jernih warnanya ialah untuk bekalan kuasa ( power supply ) untuk litar Papan utama.
   8) Soket untuk RAM yang berwarna ungu.



 CPU   (Central Processing Unit)
- komponen utama ini berfungsi sebagai otak sistem komputer. Fungsinya ialah memproses arahan dan data.
- pastikan CPU dan papan induk yang dibeli adalah serasi. 


RAM (Random Access Memory)
- RAM atau Ingatan Capaian Rawak digunakan untuk menyimpan arahan dan data yang diproses oleh    
   komputer.
- Arahan dan data yang disimpan akan hilang apabila komputer dimatikan
- Jenis SDRAM , DDR1 dan DDR2 seperti gambar di bawah ini


Bekalan kuasa 
Bekalan kuasa atau Power Supply Unit amat mustahak kerana ia akan menyalurkan tenaga elektrik untuk keperluan semua peranti yang ada di dalam sesebuah komputer. Ia membekalkan kuasa 12volt , 5 volt dan 3.3 volt.

MEMASANG PAPAN INDUK KE DALAM CASING KOMPUTER


1. Sesetengah casing komputer mempunyai tapak yang boleh ditanggalkan. Bagi casing jenis ini, tanggalkan tapak ini supaya papan induk boleh dipasang pada tapak ini.

2. Teliti struktur casing komputer dan orientasikan papan induk supaya slot-slot tambah untuk kad penyuai (adapter card) terletak bersebelahan dengan slot-slot tambah apabila papan induk dipasang pada tapak casing.

3. Laraskan papan induk dengan tapak casing. Kenalpasti lubang-lubang skru pada papan induk yang sepadan dengan lubang-lubang skru pada tapak casing.


4. Skrukan metal stand-off  ke dalam lubang-lubang skru pada tapak casing yang telah dikenalpastikan dalam langkah di atas.

5. Anda perlu menanggalkan penutup port-port bersiri dan selari pada belakang casing komputer sebelum memasukkan papan induk ke dalam casing.


6. Masukkan papan induk ke dalam casing. Laraskan kedudukan papan induk supaya lubang skru pada papan induk selaras dengan metal stand-off yang telah dipasang pada casing di langkah 4 di atas.

7. Pastikan tiada skru berlebihan tertinggal di antara papan induk dengan casing, khususnya skru logam. Skru berlebihan di bawah papan induk boleh menyebabkan litar pintas yang mungkin merosakkan papan
induk



8.Sentiasa mengamalkan 5S dan bukannya 5S aku punya konsep (semak, serabai, sepah, sesak dan sempoi ) Akhir sekali pastikan meja dan tempat bekerja jangan berselerak seperti meja aku dalam gambar di atas. Nanti kalau tidak cukup skrew nak pasang mahu setengah jam baru jumpa....

Akhir kata ; jika ada masa lapang saya akan cuba berkongsi dengan masalah-masalah yang ada pada komputer ini.

11 ulasan:

  1. sy x berapa pandai sgt bab2 PC ni

    BalasPadam
  2. tengok je... tahu yang penting2 . tak secara detail..

    BalasPadam
  3. tak pee... untuk pengetahuan am... kot masa nak beli komputer atau apa2 nanti boleh layan citer sikit...

    BalasPadam
  4. mcm aku kenal jer motherboard ni...kotak graphic card tu pun sama...bak kata semua atas meja tu mcm aku kenal...

    BalasPadam
  5. walaweii... apsal bubuh tanpa nama???.. ingat si "no name" ker apaa ni???.. haaa3x... rok dgn jamal pun padai bubuh nama wooo...

    BalasPadam
  6. wan habibah....nak buat ni kepala kena keras... hati jenis hati batu jee baru berani... heee3x

    BalasPadam
  7. Sekarang saya tengah buat mantainace kat sekolah sekolah di daerah Jerantut..Aduss semua PC lama .Model Mimos pun ada lagi.Pastu nak baiki punyalah seksa nak dapat spare part.

    Warga Afrika Timbulkan Masalah
    Taman Negara Package
    Travel Online Shopping

    BalasPadam
  8. wahhhhhhhhhhh ni gerenti umi dapat telor ni ..poning kepalo den huhu

    BalasPadam
  9. umi... haaa3x dapat telor tak pee...jangan masuk angin kuar kentot sudah....

    BalasPadam