Rabu, 29 Ogos 2012

Taman Desa Sri Qaseh 26/08/2012 Taman Permainan Kanak Kanak dan Landskap Taman

Kami harap tidak terlambat lagi untuk mengucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin kepada bakal-bakal jiran kami ini. Jika ada tersalah fakta dan maklumat harap dimaafkan. Rasanya hampir sebulan lebih kami tidak update perkembangan perumahan Taman Desa Sri Qaseh ini. Sepanjang kami tidak update kami ada juga pergi melihat perkembangan pembinaan Taman ini tetapi tidak banyak perubahan yang ada untuk dikongsi bersama. Kebanyakkan kami perhatikan adalah kerja-kerja membaik pulih kecacatan yang ada pada binaan rumah sahaja. Selain itu, kerja  pembinaan landskap taman pula yang giat dijalankan... Jadi kami ingin berkongsi mengenai suasana di sana yang kami ambil untuk tatapan bersama.

Isnin, 27 Ogos 2012

Amalan Doa Ketika Kehamilan

Sekejap je masa berlalu... sudah 5 bulan kandungan membesar.... baby pun dah selalu gerak-gerak dan menegeraskan badan... semoga baby terus membesar dan menjadi insan yang terpuji di dunia dan akhirat... Kiranya nak berkongsi amalan doa yang baik untuk dipraktikan bersama ketika hamil dan juga berkongsi kehamilan dengan anak-anak sedara sekali yang sama-sama hamilkan anak sulong mereka.... Heee3x... makcik mengandung sama dengan anak-anak sedara sekali....

Rabu, 22 Ogos 2012

Berhari Raya di Pantai Teluk Batik Dan Lumut Perak

Sudah beberapa hari kami berhari raya dan pada raya ke empat kami berhari raya pula ke Perak. Negeri Perak ini kira tempat asal usul keluarga sebelah isteri. Di Parit Buntar lah nenek dilahirkan dan emak pula tempat permainannya. Manakala belah keluarga arwah bapa pula di Bagan Datoh, Perak juga...Bila sudah jauh beraya untuk mencari mood anak-anak kembali beraya kami pun singgah la di Pantai Teluk Batik Lumut. Kami lepaskan mereka bermain di tepi pantai pun mereka sudah seronok bermain pasir. Kami sampai pun dah nak senja jadi tak dapatlah mereka bermandi-mandian.

Si Syafiq yang gembira bila sampai ke pantai.
Macam orang terlepas dari penjara.

Isnin, 20 Ogos 2012

Kemalangan Ganas di Hari Raya Ke Dua

Kejadian kemalangan ini berlaku berhampiran dengan pekan Parit Yusuf, Muar pada hari raya kedua yang lepas. Kemalangan yang membabitkan AVANZA, ALZA dan VIOS.... kiranya ketiga tiga kenderaan ini adalah merupakan saudara sebapa iaitu TOYOTA juga laa...  Apa yang hendak direnungkan ialah Alza tu sampai tercabut tayar dengan shaft tayar sekali tu.... akibat di sondol oleh AVANZA.... hebat AVANZA ni.... dah le sondol ALZA... pas tu rempuh pula VIOS pula.... dah macam keter langgar kat funfair la pulak kan.... Namum syukur semua nyawa selamat....