Sabtu, 3 Disember 2011

Adat Perkahwinan di Johor


Orang Melayu sememangnya kaya dengan pelbagai adat yang menjadi kebanggaan kita semua dan majlis perkahwinan pula dipenuhi dengan adat atau tradisi Melayu yang unik. Sebelum melangsungkan perkahwinan, biasanya akan dimulai dengan adat merisik, meminang, bertunang, bernikah dan akhirnya bersanding. Jadi kami ingin berkongsikan adat yang ada di Negeri Johor ini sepanjang majlis perkahwinan anak buah kami iaitu Aisyah dan Norislaila. Mungkin ada perbezaan sedikit jika di negeri-negeri lain.

Ketika majlis Bertunang Aisyah dan Norislaila
Merisik

Adat merisik juga dikenali sebagai ‘menengok’, ‘meninjau’ atau ‘menilik’ si anak dara. Ianya bertujuan untuk memilih dan menyelidik latar belakang bakal menantu perempuan berkaitan dengan tingkah lakunya, pengetahuan agama, skill rumahtangga dan sebagainya lagi. Mengikut kata orang2 tua, jika rombongan pihak lelaki datang semasa si anak dara sedang mandi atau membasuh baju, kirenya nie petanda baik. Tetapi jika sebaliknya, jika si dara sedang memasak masa rombongan sampai, ia membawa alamat kurang baik, sebab kononnya ia petanda ‘panas’. Tapi tu sekadar pandangan yang telah menjadi sekadar cacatan sahaja. Sekarang ni semuanya telah dirancangkan dengan baik sebelum rombongan sampai.dan yang terkini biasanya merisik banyak yang telah ditinggalkan terutama pasangan yang jauh untuk menjimatkan kos.
Orang lain bertunang tapi orang lain yang potong
Meminang

Dikenali juga sebagai "MENGHANTAR TANDA" . Jika si gadis belum berpunya setelah membuat risikan, adat meminang pula akan dilakukan. Tujuannya adalah untuk menyatakan hasrat anak teruna yang ingin berkahwin dengan gadis pilihannya. Biasanya rombongan meminang akan diwakili oleh mak bapak lelaki atau orang2 tua yang akan pergi ke rumah anak dara untuk meminangnya. Kalau ikut adat, suatu tempoh akan diberi kepada pihak pompuan supaya mereka boleh berbincang sesama mereka atau utk menyelidik tentang latar belakang pihak laki2 pulak.
Ketika menerima pinangan pada 30/07/2011
Sekiranya pinangan diterima, mereka akan berbincang pulak pasal tarikh nak bertunang, hantaran dan hal2 lain yg berkait dengan proses pertunangan tue…Dan seterusnya pula sebentuk cincin akan diserahkan kepada wakil pihak pompuan sebagai tanda peminangan . Mengikut kebiasaan, kenduri akan diadakan di rumah pihak perempuan. Rombongan lelaki akan membawa "TANDA" yg berupa sebentuk cincin (biasanya cincin belah rotan menjadi pilihan) untuk diberi kepada pihak perempuan.
Antara tetamu yang hadir dalam majlis pertunangan
Tanda pertunangan dengan pemberian cincin

Selain itu, terdapat juge beberapa barang hantaran lain yg turut diberi seperti sirih junjung, sejadah, al-Quran, alat solek dan sebagainya. Jumlah dulang hantaran biasanya dalam angka ganjil seperti 5 berbalas 7 atau 7 berbalas 9 di mana pihak perempuan akan membalas lebih sedikit daripada pihak lelaki. Pada majlis ini jugaklah wakil kedua2 belah pihak akan berbincang pasal tempoh bertunang, belaja kawin dan lain2 hal yang berkaitan.
Barang hantaran

Dan yang tak bestnya, kalau tiada jodoh dan pertunangan diputuskan oleh pihak lelaki, semua barang hantaran yang diberi dikira ‘hangus’ saje.Namun jika sebaliknya kalau pihak perempuan yang putuskan ikatan pertunangan, maka dia terpaksa mengembalikan semua barang hantaran tue sebanyak DUA KALI GANDA jumlahnya
Tepak Sireh.... Simbol tanda majlis peminangan

Pernikahan


Pernikahan atau akad nikah adalah hari yang penting buat kedua-dua pengantin kerana pada majlis inilah mereka akan diijabkabul sebagai pasangan suami isteri yang sah. Akad nikah boleh dilakukan di masjid, pejabat kadi atau rumah pengantin perempuan. Pada masa nie, pengantin lelaki akan berasa begitu berdebar kerana perlu melafazkan akad nikah. Biasanya upacara akad nikah nie akan disertai dengan mas kawin, wang hantaran (atau belanja), sebentuk cincin (atau barang kemas yg lain) serta barang2 hantaran yg lain yg dibawa oleh rombongan pengantin lelaki.
Ketika Majlis pernikahan Aishah pada 04/11/2011

Pelamin ketika majlis Pernikahan

Ketika Majlis Pernikahan Norislaila pada 19/11/2011

Pengantin Lelaki yang tersenyum ketika pernikahan
Selepas pengantin lelaki diijabkabul, sebentuk cincin akan disarungkan ke jari manis pengantin perempuan dalam upacara "MEMBATALKAN AIR SEMBAHYANG". Selesai je upacara pernikahan, kedua-dua pengantin baru nie akan bersiap sedia untuk menempuhi majlis persandingan yang gilang-gemilang.

Persandingan
Kami sekeluarga sibuk "rewang" . anak main laptop jee...
Syafiqah jadi pemberi ole2x kepada tetamu
Persandingan atau majlis perkahwinan nie adalah acara kemuncak di mana kedua2 pengantin akan digelar "RAJA SEHARI". Majlis bersanding dimulai dengan paluan kompang dan laungan selawat dan salam daripada rombongan pengantin lelaki yang diarak meriah ke rumah pengantin perempuan. Rombongan nie pulak akan dibalas dengan percikan air mawar dan taburan beras kunyit. Dan tak lupa juga "DUIT TOL" yang harus di bayar...peringkat duit tol ini adalah ketika sampai untuk duduk di depan pencak silat, ketika hendak masuk rumah dan di atas pelamin oleh mak andam.... bukan apa... sekadar adat untuk memeriahkan majlis... Bubuh singgit jee... bukan diorang tahu...haaa3x... Tapi dengan mak andam jangan buat hal...heee3x
Persandingan 2 beradik serentak pada 27/11/2011

Pasangan Ridzuan dan Norislaila

Pasangan Halim dan Aisyah
Seterusnya, pasangan Raja Sehari nie akan diraikan di atas hiasan pelamin atau lebih grand dipanggil "SINGGAHSANA". Pada masa nie lah kerlipan daripada kamera2 dan hanpon yg pelbagai jenis tak putus2 merakamkan detik2 bersejarah pengantin baru beserta dengan keluarga dan sedara mara mereka. Tak cukup bergambar di pelamin, pengantin dipelawa pulak untuk berposing di dalam kamar pengantin yg dihias indah.
Kek Majlis Persandingan ketika makan beradap
Makan beradap di rumah penganti lelaki Ridzuan pada 28/11/2011
Kumpulan Kompang dari Taman Bendahara, Batu Pahat
Kemudian, setelah berpenat-lelah mengadap kamera, barulah pasangan pengantin baru dijamu makan di upacara "MAKAN BERADAP". Dengan aksi malu2 kucing, pengantin perempuan akan menyuap makanan ke dalam mulut suaminya dan begitulah juga sebaliknya.Dan seterusnya pasangan pengantin akan bersalam-salaman dengan sedara mara belah lelaki dan pompuan.  Begitulah serba sedikit perjalanan Alam Perkahwinan anak buah kami di Johor... kira 5 kali juga buat majlis ni... puas lah kami balik Johor selalu... heee3x..... Nama pun adat.....Tamat sudahhhh....
Selepas selesai Majlis Persandingan mereka...
Kemeriahan Gambar majlis Perkahwinan ini juga boleh di layari di Blog kakak kami di Ruziatun .Terima kasih semua...

41 ulasan:

  1. kenduri kahwin di johor mmg ngetop...hihihi..

    BalasPadam
  2. rse nye sy x penah p kendri kt johor hehehe

    BalasPadam
  3. salam Kazman,

    Kat Penang pun lebih kurang sama macam kat Johor jugak la ya....tahniah la buat kedua dua mempelai ni semoga kekal hingga ke akhir hayat...

    BalasPadam
  4. kak ros & khairul - nama pun adat melayu kan... kalau lari pun sikit2x je...

    bulan syurga firdaus - nanti kalau ada kesempatan boleh la tinjau2x adat di johor.... lebih kurang sama jee...

    BalasPadam
  5. jejalan kat sini.. bestnya kenduri.. meriah betul.. terima kasih cz sudi menjenguk blog sy..:)

    BalasPadam
  6. saya berasal dari Selangor, takder pengalaman pasal adat tol nih sebab hubby pun cuma bayar tol Plus jer nak datang kat selangor masa kami kahwin dulu... seronok juga bukak kaunter tol kat perkahwinan Lela dan A'sha... dapat juga lah Syafiq, Iqa dan Adam merasa duit tol

    BalasPadam
  7. adat&budaya ni lah jadikan sgt unik ;)

    salam kenal dari sy :)

    BalasPadam
  8. Orang melayu mmg kaya dengan adat

    BalasPadam
  9. wah syoknyer tgk gambar2 ni semua..comel pengantin...
    adat negeri johor sikit lebih kurang dari melaka..
    tapi johor lagi straight kan. :)

    BalasPadam
  10. bagus buat kenduri kawen serentak nih..

    boleh jimat bajet..:)

    BalasPadam
  11. salam kunjung balas kak, menarik kan adat melayu di hari perkahwinan ni.lebih kurang sama juga di negeri yg lain. tq yer sudi singgah my blog.saya follow yer:)

    BalasPadam
  12. suka tgok org kawen. hik hik hik..

    BalasPadam
  13. nak kawen jugak!!!!!!=]

    tapi lum ada seru....

    BalasPadam
  14. Wahhhhhhhhhhhhhhhhh best juagak majlis kat johor bnag ..meriah umi tengok ..best2 :)

    BalasPadam
  15. adat tol tu..kebiasaannya dekat johor aje kan....huhu..

    tempat lain tak jumpa lagi...

    BalasPadam
  16. kancil ndak sempat tengok adat orang johor kahwin...hehehe...dah ramai kawan kahwin tapi ndak pernah tengok lagi

    BalasPadam
  17. adat tol tu adam pun dapat.... heeee3x macam hari raya la pulak....

    BalasPadam
  18. Selamat pengantin baru kepada pasangan pengantin..
    Meriah nampak majlis tu, mesti seronok kan..

    BalasPadam
  19. meriahnya..

    kuda kepang pon sm juga kn kak..hee

    BalasPadam
  20. asyik gi umah org kawen.....kita tah bila hahahahaha


    http://www.ch000tz.blogspot.com/2011/12/d-memorabilia-norgepart-ii.html

    BalasPadam
  21. kawen izan pun ada tol2 tu sbb mak org johor hehe..

    kompang belah2 johor pun ada tambahan alat muzik yg lain.lagi sedap dgr.hehe

    BalasPadam
  22. heee3x... kat Johor memang terkenal dengan adat TOL dan kompang yang berbagai variasi tu.... kenkadang ikut tempat juga laa...

    BalasPadam
  23. meriah nampak..
    lama dah tak pergi kenduri kahwin..

    BalasPadam
  24. kalau ada nak meriah lagi marhaban..mcm family belah abah nurul org johor gak..kpg melayu majidee.siap wat ngan marhaban=)

    BalasPadam
  25. Unik adat kahwin orang johor, siap ada tol tu..

    BalasPadam
  26. saya pun dah jumpa org johor ..batu pahat gak area parit raja ...

    BalasPadam
  27. Sme je kte tnang sya org btu pahat gak parit bingan..jran prit raja..

    BalasPadam
  28. Assalamualaikum, maaf nak bertanya. Saya akan bertunang dengan orang johor sabtu ni. untuk kepastian, mak die minta tepak sirih n sirih junjung. setahu saya, samada salah satu je kan?betul ke?

    BalasPadam