Sabtu, 9 Jun 2012

Trip to Penang Island - Padang Kota - George Town

Entri terakhir untuk trip to Penang Island.... kali ini kami singgah di bandar George Town untuk mencari jeruk. Destinasinya tentulah di Pasar Chowrasta yang terletak di Georgetown.Chowrasta adalah bahasa Urdu yang bermaksud "Di antara empat persimpangan jalan" iaitu Penang Road, Jalan Chowrasta, Jalan Kuala Kangsar dan Lebuh Tamil. Masa inilah untuk si Isteri berjalan-jalan mencari jeruk untuk dibuat ole-ole dari Pulau Pinang.


Punya la seronok si isteri melihat jeruk yang beraneka jenis. Memang best la beli jeruk kat sini, macam-macam ada. Pilihlah ikut selera di hati. Rasanya semua sedap dan warnanya yang menarik kan.




Selepas itu kami menjamu selera di Padang Kota. Bila kami sampai di situ kami pun jadi hairan kerana kenapa la semua orang ni makan mee goreng aje.... Apa yang best sangat me goreng kat sini agaknya. Maka kami pun order la sepinggan mee goreng untuk merasa. Sekali rasa.... fuuhhhh... punya la sedappp.... mee goreng tu dia campur sotong... memang sedap.... terus order sepinggan lagi... Pas tu kan kedai sebelahnya pulak ada Ais kacang ala-ala macam ABC.... pun sedap jugak... order satu terus tambah lagi satu... aduhh... memang kalau sampai penang kami nak ke sini lagi laaa... Mee goreng dengan Ais kacang ni paling best pernah kami rasa.



Lepas tu kami jenjalan di sekitar Padang Kota. Bersantai-santai melayan perut yang kekenyangan. Best betul tiupan udara di tepi pantai ini dan terasa sejuk jee....










Kami pun berangkat pulang selepas ini dengan menaiki feri. Ibunya pun dah letih jenjalan di Padang Kota. Kami semua pun meneruskan ke terminal feri Pulau Pinang.






Pukul 6 petang kami pun menuju ke highway utara selatan. Bila hendak balik barulah kami terasa jauhnya hendak pulang. Semua pun dah letih . Semoga anak-anak kami ceria semasa cuti persekolahan kali ini.



14 ulasan:

  1. terliur tengok mee goreng tu..cam sedap je~~ :)

    BalasPadam
  2. wah.. catatan perjalanan percutian yg padat ye.. seronok anak2kan dpt berjalan.. kita sendiri pun hilang stress tp agak stress juga sbb duit dah byk habis.. hehehe tp kepuasan dan masa yg terluang bersama keluarga itulah sesuatu yg plg berharga kan...

    BalasPadam
  3. gmbr pasembor x de ker? rindu nk mkn kat husin pasembor... (^^)

    BalasPadam
  4. assalam..ehem bestnya gi holiday..mama rindu dgn masakan penang terutama pasembor dan nasi kandar yg kawww !!!..kat klang ni byk restoren mamak spt `pelita`..tapi lain rasanya..ada yg kureng..hu2x..

    BalasPadam
  5. will be at penang tomorrow..

    BalasPadam
  6. Wah.Jalan jalan. Best ini jalan jalan ambik angin tempat lain.

    BalasPadam
  7. wahhh syoknya jenjalan penang ye.. dkt dah dgn lia tu.. :)

    BalasPadam
  8. Waa bestnya ke Padang Kota, rindu-rinduan pulak nak ke Penang

    BalasPadam
  9. best penang ni.... bukan selalu boleh jalan2 kat sana.... belum sempat explore semua... terutama nasi kandar dan durian balik pulau...

    BalasPadam
  10. salam... seronok berjalan di Penang no.. Lain kali mai Kedah pulak.

    BalasPadam
  11. haritu cuti sekolah,satu family pun pegi sana.bawak balik jeruk banyak.

    BalasPadam
  12. penang dan jeruk tak dapat
    di pisah kan ..hik3

    BalasPadam
  13. bestnya...sekali je Kancil datang ke sana...

    BalasPadam

  14. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi kami di:

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Kami memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati di Indonesia. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour dan Bali Muslim Tour.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.

    BalasPadam

Terdapat ralat dalam alat ini