Jumaat, 1 Jun 2012

Trip to Penang Island - Bayan Lepas

Bayan Lepas..... Bayan Lepas merupakan sebuah bandar satelit George Town ,Pulau Pinang, Malaysia. Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang terletak di Bayan Lepas. Bayan Lepas menjadi hub perindustrian Pulau Pinang, menjadi Zon Bebas Perindustrian, di mana kilang-kilang kepunyaan syarikat antarabangsa turut terletak di sini.
Pandangan Pulau Jerejak Dari Bayan Lepas
Menara SUNTECH terletak di sini. Pusat membeli-belah terpanjang dan terbesar di Pulau Pinang, Queensbay Mall, Kompleks Bukit Jambul, dan Giant Hypermarket juga terdapat di sini. Bayan Lepas boleh dihubungkan ke bandaraya George Town melalui Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu. Tokong Ular terletak di sini. Populasi penduduk di Bayan Lepas mencecah 141,000 orang. Bayan Lepas sekarang memperoleh pembangunan yang pesat di Pulau Pinang. Terdapat banyak kondominium baru, tapak perumahan secara terkini berada dalam pembinaan di kawasan ini.

Queensbay... cantik juga pemandangan di sini.


Selepas itu kami sekeluarga lepak di tepi pantai yang ada seperti pendaratan nelayan. Di bawah pokok itulah kami berehat sekelita sambil layan keropok lekor dan air kelapa yang dijual oleh penjaja di tepi jalan. Cuaca panas menyambut kedatangan kami di sini.... Pemandangan pembinaan jambatak kedua Pulau Pinang juga giat dijalankan.


 Sempat juga adam berposing melihat deretan bot nelayan di situ... Cukup untuk adam meninggalkan jejak kaki dia di sana....


 Sambil tu kami juga melihat mereka membetulkan jaring ikan di tepi bot mereka... seronok juga melihat kegiatan mereka di sana....



Selepas menghilangkan dahaga dengan air kelapa dan mengalas perut dengan keropok lekor kami meneruskan perjalanan ke Bayan Lepas - Batu Maung - Balik Pulau.... Ikutilah seterusnya perjalanan kami di sana dengan pemandangan yang indah sempat kami rakamkan...


16 ulasan:

  1. kalau bab laut2 ni Queen mmg suka sbb pemandangannya yg menenangkan serta angin yg bertiup.. terasa nyaman gitu

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama la dengan kami sekeluarga... cuma makbapak dia je tak tenang jiwa sebab anak2x nak terjun mandi je bila jumpa pantai... heee3x

      Padam
  2. cantik pemandangan dia~ :)

    subhanallah~ :D

    BalasPadam
  3. Gmbr Queensbay tu mcm kat Miami dalam CSI Miami la.

    *kat bayan lepas pun ada keropok lekor ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada juga keropok lekor tapi tak tahu la pulak made in mana ntah.... haaa3x...

      Padam
  4. Bestnya bangggggggggggggggggg .. bestnya kalau pat jalan2 mcm ni .. hilang stress ditempat kerja ..waa air kelapa? umi rasa dah dekat setahun umi tak minum tau ..uhuk2 .. sedapnya!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. umi...minum airv kelapa sejuk2x punya la best.... berderap2x bunyi kami telah air kelapa tu.... lega je kat tekak hilangkan dahaga... heee3x

      Padam
  5. miss old time at bayan lepas/bayan baru..... huhu..

    BalasPadam
  6. Ummiross pernah mengajar di Sek.Men Teknik balik Pulau, bikin rindu je...

    BalasPadam
    Balasan
    1. kenal tak dengan fauzi sepupu kami?... dia kerja kat sana juga...

      Padam
  7. jambatan kedua dah nak siap ek..lamanya tak dtg penang...gi balik pulau carik durian ke? huhu

    BalasPadam
  8. Sebut Pulau Jerejak mesti terfikir tempat buangan tapi bila nampak gambar yg Kaz/Sue captured cantik dan nyaman kelihatannya...

    BalasPadam
  9. wahhh bestnya... sampai juga ke penang yer.... Kak So lalu jer jalan tu... p selalu g UUM jer... pas tu ronda-ronda ke Pekan Rabu dan sempadan jer heheheh lama dah...

    Penag juga tak sampai lagi... bila la nak sampai yer... sekarang ni baca jer la orang lain yang dah sampai penang ni heheheheh

    BalasPadam
  10. cantik pemandangan laut. bestnya pegi penang. dulu selalu pegi sbb company ada branch kat bukit mertajam.

    BalasPadam

Terdapat ralat dalam alat ini