Rabu, 4 Julai 2012

Malam Ini Malam Nisfu Syaaban

Malam Nisfu Syaaban (15 Syaaban 1433 Hijrah) Jatuh ketika Masuknya Waktu Maghrib Pada Hari Rabu (mlm Khamis) 4 Julai 2012. Pada mlm Nisfu Syaaban,amalan akan dibawa naik oleh Malaikat utk ditukar dgn lembaran amalan yg baru setelah setahun berlalu.Pengertian am Nisfu Syaaban dlm bahasa Arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Mlm Nisfu Syaaban adalah mlm 15 Syaaban iaitu siangnya 14hb Syaaban.

Mlm Nisfu Syaaban merupakan mlm yg penuh berkat & rahmat selepas mlm Lailatul Qadar.Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahwa Nabi tidak tidur pada mlm itu sebagaimana yg tersebut dlm sebuah Hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:

Rasulullah SAW telah bangun pada mlm (Nisfu Syaaban) & berSolat & sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda SAW & bergerak. Kemudian aku kembali & aku dgr Baginda berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu drpd apa yg akan diturunkan & aku pohonkan keredhaanMu drpd kemurkaanMu & aku berlindung kpdMu drpdMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.”

Setelah Baginda selesai solat, Baginda berkata kpd Aisyah r.a.

“Mlm ini adalah mlm Nisfu Syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah dtg kpd hambanya pd mlm Nisfu Syaaban & memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat (membuat amal makhruf & nafi munkar) & melambatkan rahmat & keampunan terhadap org2 yg dengki.”

Nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit & diganti dgn buku catatan yg baru. Catatan pertama yg akan dicatatkan dibuku yg baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu Maghrib, (15 Syaaban bermula pada 14 haribulan Syaaban sebaik sahaja masuk waktu Solat Maghrib)

Nabi s.a.w. menggalakkan umatnya utk bangun mlm & berjaga serta beriktikaf sepanjang mlm kerana tidak mahu amalan diangkat dlm keadaan tidur atau lalai.

10 ulasan:

  1. terimakasih,.. kgd kala terlupa juga!

    BalasPadam
  2. Sama2lah kita mengandakan amal ibadat kita....

    BalasPadam
  3. sama2 beramal..insyaallah...;)

    BalasPadam
  4. BETUL SUE, BYK SGT RASANYA DOSA, YG NAMPAK YG TERSEMBUNYI,YG DULU2 YG SEKARANG SEMOGA ALLAH AMPUNKAN DOSA2 SAYA DAN SESIAPA SAHAJA.SAYA PUN NAK MOHON MAAF SEKIRANYA ADA KOMEN2 SAYA YG TANPA SAYA SEDAR MENYINGGUNG PERASAAN.WALAU TAK KENAL,TAPI RASA MCM DAH KENAL.

    BalasPadam
  5. assalamualaikum kazman sue...terimakasih atas peringatan ini sama2lah kita berbuat amalan yg baik...:)

    BalasPadam
  6. Terma ksih kerana saling mengingati... Mudhn kita sama2 berolh berkat ini

    BalasPadam
  7. Sama2lah kita memperbaiki diri dan sama2 beramal

    BalasPadam
  8. Tiba nisfu syaaban bererti tinggal dua minggu lagilah kita akan berpuasa. Moga dipanjangkan umur utk kita sama-sama bertemu ramadhan tahun ini..

    BalasPadam
  9. semoga kita semua mendapat rahmat Allah SWT...

    BalasPadam

Gadget

Kandungan ini tidak tersedia melalui sambungan tersulit.